A Palestinian home in a hillside cave in the West Bank village of Ghwien, south of Hebron December 10, 2007.
Palestinian Occupation
31 01 2008In these videos, Dr Norman G Finkelstein will lead discussion on the Palestinian Occupation, examining the genesis of the conflict and evaluating the hope for peace and resolution in Palestine.
Talk
Comments : No Comments »
Categories : English
Ikhlas kerana Allah
30 01 2008Imam Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Syufai al-Ashbahi bahawa suatu ketika, ia masuk ke kota Madinah. Di sana, ia melihat ada seseorang yang sedang dikerumuni oleh banyak orang. Syufai bertanya, “Siapakah orang itu Read the rest of this entry »
Comments : No Comments »
Categories : Tazkirah
Dakwah, Study & Jongkang Jongkit
30 01 2008Ish, tak mahu la aku.. Aku nak study, dah la markah last sem teruk!
Ni gara-gara dakwah, tarbiah dan program2 la ni..
Menyesal aku ikut semua itu!! Huh..Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul?
Kalau nak berjaya, kena study… Waktu jadi student ni, studylah dulu!
Esok kalau dah berjaya nanti, aku buatlah kerja dakwah tu..
Kalau aku buat kerja dakwah sekarang,
tapi aku gagal dalam pelajaranku, tak elok jugak… Malukan Islam je..
Kang nanti aku pulak yang menutup mata orang lain terhadap Islam…
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket.
Jongkang jongket? Apa kau merepek ni ???
Comments : No Comments »
Categories : Puisi
Life In The Barzakh
29 01 2008Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.
(As-Sajdah : 12)
Comments : 1 Comment »
Categories : Tazkirah
Mari Berhibur
29 01 2008Rasulullah mempunyai budi pekerti yang riang dan menyenangkan, sebagaimana pesannya:
“Andai anda bertemu seorang teman dengan wajah tersenyum, itu adalah juga suatu ibadat.”
Percakapannya yang menarik dan riang gembira lazimnya menyegarkan orang-orang sekelilingnya, tanpa hilang keseimbangan dan kesederhanaan. Senda guraunya yang lembut, tidak berlaku sebarang pertentangan dengan kebenaran. Tidak pula menyinggung dan tidak mencetuskan ketawa terbahak-bahak. Tertawa baginda adalah senyumannya yang lembut, sekadar tampak giginya saja.
Abu Hurairah pernah bertanya penuh hairan: “Adakah tuan berjenaka juga dengan kami?”
Read the rest of this entry »
Comments : 1 Comment »
Categories : Tazkirah
Salam Perkenalan
27 01 2008Aku hanyalah seorang insan biasa seperti kamu semua yang Alhamdulillah telah dikurniakan nikmat Islam sejak aku masih kecil lagi. Ibuku seorang mualaf atau lebih sinonim dengan panggilan chinese muslim manakala ayahku diiktiraf sebagai Melayu di dalam kad pengenalannya. Oleh itu, setiap tahun aku akan berpeluang untuk menyambut Hari Raya Haji, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina.
Sejak kecil, aku diasuh dengan belaian kasih sayang yang secukupnya oleh ibu dan ayahku. Kelahiranku di bumi Malaysia menjanjikan nikmat makanan melayu, cina dan india. Selain itu, bumi ini juga menjaminkan keamanan dan keselesaan hidup rakyatnya. Bak kata pepatah :
“Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri”
Comments : 7 Comments »
Categories : Pengalaman




Recent Comments