Aku hanyalah seorang insan biasa seperti kamu semua yang Alhamdulillah telah dikurniakan nikmat Islam sejak aku masih kecil lagi. Ibuku seorang mualaf atau lebih sinonim dengan panggilan chinese muslim manakala ayahku diiktiraf sebagai Melayu di dalam kad pengenalannya. Oleh itu, setiap tahun aku akan berpeluang untuk menyambut Hari Raya Haji, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina.
Sejak kecil, aku diasuh dengan belaian kasih sayang yang secukupnya oleh ibu dan ayahku. Kelahiranku di bumi Malaysia menjanjikan nikmat makanan melayu, cina dan india. Selain itu, bumi ini juga menjaminkan keamanan dan keselesaan hidup rakyatnya. Bak kata pepatah :
“Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri”

Kampung Ara Payung, itulah nama kampung dimana aku dibesarkan sebelum aku merasai kehidupan sekolah berasrama penuh ketika umurku mencecah 13 tahun. Ketika itu jugalah aku merasai kehidupan di bandar ataupun dalam nada yang sama ‘kehidupan moden’.
Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang cermerlang di dalam peperiksaan SPM hatta memberikan aku peluang untuk menerima biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara yakni kota london, lalu bermulalah sebuah chapter baru di dalam kamus hidupku…
Dulu..
Ketika aku mula mengenal erti kehidapan moden..
Aku bisa tekad sepenuh hati untuk menguasai bahasa Inggeris
Ketika aku mula sedar yang keputusan cemerlang mampu menjamin masa depanku..
Aku bisa berjaga malam untuk belajar bersungguh-sungguh
Ketika aku diberitahu bahawa memegang jawatan badan pelajar mampu melayakkan aku untuk mendapatkan biasiswa..
Aku bisa berlumba-lumba untuk mendapatkan jawatan tersebut
Kini..
Ketika mana aku berada di kota london..
Aku seolah-olah dapat melihat dunia dari kaca mata yang berbeza
Rupanya harga hidupku ini sungguh mahal
Lebih mahal dari harta orang yang paling kaya di dunia ini
Mahupun dari manusia yang bergelar pemimpin dunia barat
Baru aku sedar rupanya, lakonan dunia telah berjaya mengaburi mataku selama ini
Adakah ini yang dimaksudkan penglihatan dengan menggunaan mata hati?
Adakah ini suatu drama kehidupan yang direka ciptakan untuk tujuan peribadi?
Kenapa aku tidak sedar akan hakikat semua ini?
Kenapa aku tidak diberitahu semua ini sejak dahulu lagi?
Sesungguhnya masa silamku sudah tidak dapat diputarkan lagih
Inilah realiti kehidupan
Setelah berfikir panjang, aku berhajat untuk berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai layar kehidupanku yang insha Allah dapat memberi manfaat walaupun sedikit kepada kamu semua.
Selamat membaca~!








salam wbt..wow!! roslan ade blog..mantap2..all da best with the blog bro..
Salam…jgn lupe update slalu…kehkehkeh…
Roslan2… hehehe
Mantap2….truskan usaha
And strive hard in Allah’s cause as you ought to strive. He has chosen you, and has not laid upon you in religion any hardship, it is the religion of your father Ibrahim. It is He who named you muslims both before and in this, that the Messenger may be a witness over you and you be witnesses over mankind. So offer prayer perfectly, give zakat, hold fast to Allah, He is your Lord, what an excellent Lord and what an excellent Helper! (hajj:78)
masyaallah syeikh.. mabruk2..
ehehe…nice2. adam bile nk wat plak