Airmata Seorang Naqib Pt 2

23 02 2008

Dunia Permainan

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara.. berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua adalah sejalan dengan kita.. berjuang menegakkan fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah di mana saja kita berada.

Islam

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan kalian menuju ke destinasi masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan telefon dari kalian menceritakan pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan masing-masing setelah mendapat title baru bergelar ‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian bercerita bagaimana kalian telah mula mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan akhawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian bersama tidak sia-sia !

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian bersama-sama mereka di usrah, tamrin, dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar.

Matahari

Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari musafir yang pulang. Namum bayangan masih kelam. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati kami mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada anak-anak kami yang telah pergi?

Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si anu? Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya. Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada manusia yang boleh mendakwa dia akan kuat tanpa jamaah. Tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak di makan serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada di mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita sudah boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan tinggal dingin.

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian… jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula mengalir.. Apa yang telah terjadi kepada kalian? Apa yang telah kalian lakukan? Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak dapat ditahan..!

(diambil dari bahantarbiyyah.info)

 

 

 


Actions

Information

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>