Jatuh Lagi

26 02 2008

Pokok

Luka jatuh kelmarin
Belum tentu kebahnya
Belum tampak parutnya
Masih terkesan peritnya

Teman
Selalulah kau pohon pada Illahi
Jangan biarkan aku jatuh lagi
Namun jika Dia mahu menguji
Aku pasti Dia mahu memberi
Kekuatan pada diri
Semoga aku mampu bangun dan terus berlari

Tidak mengapa
Jatuhku kelmarin hari
Jika itu memberi erti
Memupuk cinta Illahi

Teman
Tidak sanggup aku melihat
Engkau bersedih lagi
Sungguh sakit dan perit hati
Melihat engkau jadi begini

Saat ini
Aku berjanji
Akan aku pastikan luka kelmarin tidak berulang lagi

Namun teman
Aku akur
Ianya tidak semudah yang dikatakan
Tapi
Aku tidak sanggup lagi hidup sebegini
Kerna aku mahu melihat tawa senyummu kembali
Kerna aku sedar hidup ini hanya mainan mimpi

Teman
Inilah janjiku
Harap engkau mampu mengerti


Actions

Information

9 responses to “Jatuh Lagi”

26 02 2008
semutkecil (16:29:17) :

siapa yang jatuh sebenarnya?teman ke ‘aku’?

27 02 2008
pemburu syurga (00:41:16) :

hmm..benar siapa yg jatuh? jika teman anda yg jatuh, mungkin jatuhnya itu berkesan menyedarkan hakikat hidup yang sebenar, lantas dia berubah=)

28 02 2008
kalamkalbu (01:55:02) :

Cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya. Itulah indahnya erti persahabatan. Andai aku atau teman yang jatuh, impaknya tampak pada kedua-duanya.

Jatuh kelmarin bukan sebarangan, meninggalkan kesan mendalam di dalam jiwa. Doakan kami thabat dalam mengharungi liku-liku jalan dakwah ini.

Sajak ini sebenarnya saya hadiahkan kepada seseorang dan setiap pembaca blog ini akan menjadi saksi janji saya padanya. Harap sahabat saya ini mampu mempercayai saya kembali.

Minta maaf kerana terjatuh kelmarin. Saya nak sangat jumpa awak di syurga Allah kelak..

28 02 2008
Ummu Anis (04:53:46) :

‘jatuh’ ini boleh disimbolikkan kepada insiden sesuatu perkara. Mungkin bukan jatuh yang sebenarnya. Hanya penulis sahaja yang mengerti ‘jatuh’ apa. Namun melihat kepada keseluruhan isi sajak ini, ia adalah suara hati seorang da’ie yg ingin melaksanakan amanah sebagai seorang sahabat dan dai’e.

Setakat ni saya perasan, sajak2 anda simple dan mudah. Tidak byk menggunakan simile, personafikasi atau metafora. Namun di sebalik jalinan kata-kata yg indah, emosi yang ingin diutarakan terselah dalam sajak anda… teruskan menulis. Setakat ni puisi/sajak yang saya baca terus masuk ke dalam hati.. Jzkk

28 02 2008
rakansurau (16:54:00) :

“cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya. Itulah indahnya persahabatan. Andai aku atau teman yang jatuh, impaknya tampak pada kedua-duanya”

Sekiranya benar itulah keindahan persahabatan, kenapa awak terpaksa berharap yang dia akan mempercayai awak kembali. Kata-kata awak seolah-olah, sahabat awak itu tidak mahu memaafkan awak. Sahabat macam inikah yang awak nak simpan? Sahabat yang pernah saya hargai suatu ketika dahulu dan kini, setelah saya mengambil keputusan untuk melepasnya, baru saya sedar betapa bodahnya saya kerana mempercayai sahabat seperti ini.

Bagi saya, jatuh adalah lumrah manusia yang hina seperti kita, kerana kita bukannya sempurna dan masih banyak lagi karat-karat jalihiah di dalam diri kita ini. Namun, kita mestilah tidak sama sekali selesa dengan perbuatan kita itu.

Kategori-kategori jahiliah adalah sangat subjektif, ianya berkaitan dengan kisah silam hidup seseorang individu, suasana, personaliti dan bukanlah tugas kita, sebagai dai’e atau sahabat untuk menghukum sahabat kita.

Jatuhnya seseorang pasti memberi kesan mendalam dalam dirinya.

Pesanan saya untuk sahabat awak,

“Bantulah penulis ketika dia memerlukan bantuan awak, pastinya anda mengetahui masalah penulis kerana dia menganggap awak sebagai sahabat dia dan untuk seseorang menceritakan jahiliahnya pada seseorang yang lain menunjukkan betapa dia mempercayai insan tersebut. Saya yakin penulis pasti membantu anda sekiranya anda yang terjatuh. Wallahualam. Sekiranya anda tidak mampu untuk memberi peluang pada sahabat anda, layakkah anda untuk meminta peluang pada Allah apabila anda yang terjatuh? Hidup ini bukan mainan mimpi dan setiap saat kita akan disoal kelak di akhirat. Jangan sampai nasi menjadi bubur.”

Ramai yang memandang remeh persoalan ukhuwwah, namun itulah yang menjadi kekuatan anda kelak apabila bekerja di malaysia terutamanya, kerana pada masa itu, cabaran akan bertambah banyak, dan saat itu, amatlah penting sahabat yang dapat membimbing dan membantu kita untuk thabat di jalan dakwah ini.

Kepada penulis,

“Semakin Allah menyayangi kita, semakin Dia akan menguji kita. Banyakkan bersabar dan yakinlah dengan janji Allah yang sekiranya kita berniat untuk membantu agamaNya, insyaAllah kita akan dapat merasai syurgaNya, walaupun di sepanjang perjalanan hidup, awak akan terjatuh berkali-kali. Niat adalah kayu ukur perbuatan seseorang”

Saya yakin yang awak seorang sahabat yang baik kerana tidak banyak manusia yang mampu mengakui kesalahan mereka dan membuat janji di dalam blog seperti awak.

Mengenai pemilihan sahabat, berhati-hatilah, kerana sekiranya pada masa ini pun dia tidak mampu untuk membantu dan memaafkan awak, apatah lagih di hari muka kelak. Ramai lagi sahabat yang baik di luar sana, cuma terpulang pada awak untuk memberi peluang pada diri awak ataupun tidak.

Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti.

28 02 2008
nak jadi orang itu (17:39:44) :

Saya kurang faham sebenarnya apa yang sedang terjadi. Awak terjatuh? Ker terjatuh ini dalam konteks terbuat perkara jahiliah? hhmm.. Apa-apapun, silalah minta bantuan sahabat baik awak.. :D Saya yakin dia mampu untuk membantu awak. Ingat lagi entry awak dulu,

———————————————————
Hari ini, seseorang berkata padaku, lebih rapat kita dengan seseorang itu, lebih banyak keburukan yang kita akan tahu pasal dia, dan lagi susah untuk kita nak kata baik pasal orang itu… benarkah?

Bagiku, aku amat menghargai kehadiran seorang hamba Allah di dalam hidupku, dialah yang menjadi sebab aku mampu merasai nikmat Iman dan Islam. Mungkin dia adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan untuk aku, Alhamdulillah.

Namun begitu, ada kalanya kami tidak bersetuju dengan pandangan masing-masing, ada kalanya kami langsung bergaduh, kami bermasam muka, tapi, aku tetap bersyukur, rapat kami, gaduh kami adalah untuk mencapai matlamat yang satu, yakni keredahaan Allah SWT insha Allah.

Setelah lama aku berfikir, setelah banyak peristiwa yang aku lalui, aku terfikir..kenapa kita perlu melihat kepada keburukan sahabat kita, mengapa tidak lebih mendalami kebaikan seorang teman? Bukankah itu yang lebih baik?

Kerana kekurangan itu lumrah manusia, semua orang ada kelemahan masing-masing, dan semua orang sedang berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik..insha Allah..
———————————————————

Rasullulah bersabda :

“Sesungguhnya Allah telah berfirman : ” Wahai anak Adam! selagi engkau meminta dan berharap dari -ku, maka Aku akan ampunkan segala dosa yang telah terlanjur engkau kerjakan. Wahai anak Adam! walaupun sampai dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampun kepada Ku, nescaya aku akan ampunkan kamu. Wahai anak Adam! jika engkau dtg kepada Ku dgn dosa sepenuh isi bumi, ttp engkau tiada menyekutukan Aku, nescaya aku akan memberikan keampunan kepadamu sepenuh bumi pula ”

HR Tarmizi

28 02 2008
kalamkalbu (21:35:02) :

rakansurau,

Jzkk atas nasihat awak. Saya amat menghargainya, cuma, pasal nasihat awak kepada sahabat saya itu, saya kurang bersetuju. Saya yakin dia ambil berat pasal diri saya, tapi, pastinya dia juga seperti manusia lain memerlukan masa untuk memaafkan diri saya sekiranya saya terjatuh.

nak jadi orang itu,

Tidak mengapa sekiranya kurang memahami, itulah kelebihan sajak, setiap individu akan membuat tafsiran yang tersendiri. =D Sepertimana, rakansurau menafsirkannya sebegitu. Insha Allah, saya akan minta bantuan dia.

28 02 2008
semutkecil (21:46:31) :

owh,baru faham… sy pasti org tu pun nak jumpa penulis kat syurga juga.insyaAllah akan berjumpa di syurga dgn syarat kita kenalah masuk syurga dulu…

29 02 2008
pelintas jalan (23:52:53) :

hurm.. teringat sebuah lirik. personal understanding sy mengenai sajak ini juga direflek dalam lirik dibawah… wallahu’alam..

Petikan dari Buaian Rasa, as-Shoff

“…Lama aku berjuang
Ku menempuh duri dan gelombang
Lama ku berpanas hujan
Inginku reguk setitik kedamaian

Moga dapat ku rehat seketika
Membasuh lukanya dosa dan noda
Doakan aku teman semua
Bangkitku nanti berjuang semula

Nanti akan ku impikan
Bersama kita berganding tangan
Nanti akan ku impikan
Bendera Islam sama dikibarkan

Aku kini lemah tak berdaya
Tak mampu rasa imbang perasaan
Kerdilnya diri di sisi tuhan
Terasa malu menatap alam….”

moga thabat hati-hati ini.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>