Derita kelmarin masih di sini
Pilu menyapa lagi hari ini
Merana hati tiada dicari
Mungkin ini balasan Ilahi
Jasad dibawa ke universiti
Berhajat mendengar kuliah ekonomi
Namun hati merajuk jauh sekali
Mencari ketenangan keluhan diri
Sekiranya hati mampu menjelmakan diri
Pasti bumi tidak mampu menampung lagi
Sakitnya hati tidak kusangka sebegini
Rintihan alami sukar ditaksirkan sendiri
Petang alam terasa sunyi
Matahari lari menyembunyikan diri
Bulan mula menampakkan sakti
Memberi harapan cinta Ilahi
Tolonglah bangun wahai diri
Pulihkan api semangatmu kembali
Derita dunia sedang menanti
Kehadiran rijal darsawarsa ini

sedang cuber memahami sajak ini.. hmm.. ada masalah ker?
gunung ayam, silalah jaga penulis baik-baik.. =)
bila mula belajar berjalan.. kadang2 kita jatuh.
tapi.. personally, yg penting jgn jatuh selamanya. Jatuh bukan indikasi kegagalan. Sebaliknya ianya pengalaman yang menjadi asset dalam “menyeru”, kerana “si tukang seru” juga ialah seorang manusia, bukan seorang malaikat.
Moga dpermudahkan urusan.
and the truth is.. Allah knows best.
wassalam