Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani itu semua akan dituntut.
(Al-Isra’, 17:36)
***********************************
Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi: Telah tercatat pada anak Adam bagiannya dari zina, yang pasti terkena, zina mata ialah melihat, dan telinga zinanya mendengar, lidah zinanya berkata, tangan zinanya menyentuh, dan kaki zinannya berjalan, dan hati yang ingin, dan yang membenarkan (mempraktikkan) semua itu ialah kemaluan, benar terjadinya atau tidak.
(Bukhari, Muslim)
***********************************
Astaghfirullah…. betapa teruknya diri kita ini yang saya yakin terlalu banyak noda hitam yang telah bertapak di dalam hati-hati kita. Kadang-kadang, mata kita ini selalu sangat meliar untuk melihat sesuatu yang tak perlu pun untuk kita melihat padanya. Pada masa itu, banyaklah alasan yang akan timbul di dalam minda kita untuk menjustifikasikan perbuatan kita.
Bagaimana pula dengan telinga, lidah, tangan, hati dan kaki?
Saya amat yakin untuk kita terlepas dari zina-zina yang dikatakan di atas, amatlah susah dan hanyalah dai’e-dai’e yang benar imannya pada Allah swt sahajalah yang akan dapat menyelamatkan diri dari jahiliah-jahiliah bisa ini. Saya tegaskan sekali lagi, di sini saya berkata mengenai dai’e, bukan calang-calang orang, tetapi ialah insan yang bersetuju untuk memikul beban dan tanggungjawab dakwah!
Oleh itulah, saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk sedar akan kepentingan tabir semasa kita membuat program bersama ikhwah dan akhawat. Semakin kita ingin mendukung dakwah ini, semakin pentinglah untuk kita mengelak dari memberikan ruang-ruang untuk syaitan menodai hati kita ini.
Mungkin ada yang mengatakan,
‘Ala, apasal lah perlu tabir-tabir nih, macamlah aku akan jatuh hati kat akhawat tuh.’
Dengarlah wahai yang bertanya,
‘Jangan anda terkejut kalau saya katakan memang ada ikhwah yang hatinya memang mudah untuk jatuh hati hanya dengan pandangan pertama terhadap seseorang wanita.’
Tidakkah anda sedih melihat seorang ikhwah yang inshaAllah akan menjadi aset kepada dakwah tetapi dihancurkan sama sekali oleh perasaan hatinya terhadap akhawat tersebut?
Saya yakin anda pasti sedih! Apatah lagi, apabila kita semua sedar akan betapa susahnya untuk kita mentajmik adik-adik baru yang ingin kita serapkan ke dalam sistem kita, apatah lagi seorang ikhwah yang sudah bersemangat untuk bersama kita. Tentu kita ingin lebih untuk menjaga dia!
Banyak lagi persoalan-persoalan yang pernah ditanya kepada saya akan kepentingan tabir semasa program bersama antara ikhwah dan akhawat dan saya harap entri blog saya pada kali ini dapat menjelaskan kepada semua yang bertanya dan semoga anda semua akan bersama saya dalam pandangan saya akan kepentingan bertabir ini.
Abu Sa’id Alkhudry r.a. berkata: Bersabda Nabi saw: Awaslah kamu duduk di tepi jalan. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah kami tidak dapat tidak harus duduk di tepi jalan untuk bicara-bicara di sana. Rasulullah saw bersabda: Kalau kamu tidak akan meninggalkannya, maka harus memberi hak jalan. Mereka bertanya: Apakah hak jalan itu? Jawab Nabi: Memejamkan mata, dan menahan gangguan, dan menjawab salam dan menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar.
(Bukhari, Muslim)
***********************************
Ummu Salamah r.a. berkata: Ketika saya dengan Maimunah ada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba masuk ke tempat kami Abdullah bin Ummi Maktum, kejadian itu sesudah ayat hijab yang diperintahkan kepada kami. Maka Nabi bersabda: Berhijablah kamu daripadanya. Kami jawab: Ya Rasulullah, bukankah ia seorang yang buta tidak melihat dan tidak mengenal kepada kami? Jawab Nabi: Apakah kamu juga buta, tidakkah kamu melihat kepadanya?
(Abu Dawud, Attirmidzi)
***********************************
Begitulah ajaran Nabi kita yang sentiasa menasihatkan kita untuk memilih langkah yang berjaga-jaga untuk setiap perkara di dalam kehidupan kita. Marilah kita bersama-sama menjaga kesucian pandangan, telinga, lidah, tangan, kaki dan paling penting hati kita supaya di akhirat nanti, kita akan dapat bertemu Pencipta kita di dalam keadaan yang paling baik dan suci dari segala noda-noda bintik hitam inshaAllah.








Jazakallahu khayr..
Moga membantu bg siapa2 yg masih ade persoalan ttg perkara nie..
Nak share sumthing skit buat pembaca lain,
Sgt lah benar org mukmin esp yg bergelar daei nie utk menjadi lebih sensitif dan extra careful dlm perkara2 menjaga hati. Bukan kah di situ terletaknya nilai TAQWA?
Kita akn jadi sangat takut dan berhati-hati dlm menjaga iman dan hati kita.
Mmg secara zahirnya kita akn rasa apalah sgt tabir tue boleh buat pd hati kita? Tapi percayalah, mmg sgt2 membantu. Waktu berprogram kita akn terpisah dan terlindung secara fizikal. Dan bila lama2 ia dapat bantu kita secara automatically utk adakan tabir pd hati kita walaupun di luar program dan dgn sesiapa pun. Allahualam
-Alhamdulillah, yg telah melalui ‘tarbiyyah tabir’-
Shukran, jazakallahu khayran for the great info.
..juga, kita perlu respek pndgn yang mengatakan tak perlu tabir ye..dan tanpa melabel “lebih islamik” kepada mana-mana pndgn =) wallahualam