Alhamdulillah. Alhamdulillah. Baru selamat sampai ke rumah 102 Playford Road dari mengambil barang enche pali di Greenwich. Kami bertolak ke bandar Greenwich pada jam 5 petang dan akibat kesesakan lalu lintas yang teruk, perjalanan pergi dan balik mengambil masa dalam 3 jam. Pada awalnya, saya tidak bercadang untuk pergi kerana badan kurang sihat hari nih, tapi, semasa saya sedang memanaskan teh tarik di dalam oven, tetiba saya mendapat panggilan telefon dari enche pali yang berbunyi,
“Roslan! Adam kata brek kereta macam tak makan jer. Kita orang on the way nak balik rumah balik nih. Ko cuba test bawa kereta nih”
Begitulah senario yang akhirnya menyebabkan saya termasuk ke dalam perangkap enche pali, adam effendy dan nizam untuk turut serta bersama mereka ke Greenwich. Takpe, saya faham korang mesti macam tak sanggup nak berpisah walau sejam dengan saya. Hehehe..
Yang menariknya dalam perjalanan tadi, kami terjumpa satu kawasan yang seakan-akan majoriti penduduk di situ adalah orang Yahudi. Tak percaya? Betul. Seoalah-olah, mereka pun sedar akan kepentingan untuk ada perkampungan islam atau ‘biah solehah’ yang kita fahami. Terutamanya, untuk mereka yang bergelar dai’e.
Tetapi, yang menyedihkan, saya melihat perkampungan orang Yahudi di london ini seakan lagi berjaya dari perkampungan islam yang wujud di Malaysia. Mereka sungguh berdisiplin, tak kisah kena pakai baju yang serupa, tak kisah kena ikut fesyen rambut yang sama, semuanya kerana untuk memartabatkan bangsa mereka di dunia ini.
Persoalannya, bagaimana pula dengan umat islam? Adakah kita bersedia untuk berkorban sebegitu rupa untuk mengembalikan islam semula di atas muka bumi ini?
Namun saya, sebagai orang islam yang berhajat untuk mengikuti jalan dakwah ini, masih jauh ketinggalan. Astaghfirullah.. Pengorbanan saya setakat nih di atas jalan dakwah pun tak ke mana. Tajarud kepada islam pun masih belum sempurna. Hyeh…Sedih betul tengok diri saya nih. Doakanlah untuk saya semoga Allah memudahakan saya untuk mengikuti jalan dakwah ini.
Papepun, saya sangat bersyukur! Alhamdulillah, dapat juga muhasabah diri sendiri sepanjang perjalanan tadi. Semoga dengan pengalaman yang kecil ini akan lebih mematangkan diri saya di atas jalan dakwah ini inshaAllah.







Roslan, Owh.. ingatkan sape punye la air teh tu..
Aku da tolong habiskan.. jangan risau (:
Err…patutlah aku check tadi mcm dah takde air teh tuh… takpe hazwan, ko hutang aku 100 pounds jer…hehehe
salam sayang dari aku =)
Abg Ros memang baik…hak3…
100 pound je hazwan..x byk..lom 24000 pound lgi..hahaha