Rindu pada yang sudah pulang ke Malaysia mula terasa, namun kesedihan untuk meninggalkan yang masih ada di bumi London turut menekan jiwa. Itulah natijahnya apabila ikatan sesama kita bukan hanya semata-mata kawan di dunia, tetapi ialah sudah mula menjadi ikatan ukhuwwah inshaAllah.
Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan hati saya pada masa ini. Esok, tepat pada jam 10pm, saya akan diterbangkan oleh MAS ke bumi tempat lahirku, Malaysia. Kadang-kadang, kesedihan yang bermain di dalam hati saya mampu membuatkan saya lemah di atas jalan dakwah ini. Namun, setelah beberapa kali insiden ini berlaku dah muhasabah dijalankan, saya sedar yang saya harus dan mesti meneruskan perjalanan singkat saya di muka bumi ini walau sakit mana hati saya terasa, walau berat mana badan ini mahu mengorakkan langkahnya.
Kekadang, terasa juga saya mahu sahaja rehat sebentar, bak kata orang futur sebentar. Tapi, wujudkah perkataan “futur sebentar”? Saya yakin itu hanyalah sekadar rekaan semata-mata dan ciptaan si lemah!
Bilamana saya terasa penat di atas jalan dakwah ini, antara perkara yang akan saya buat adalah untuk mengingatkan diri saya.
“Roslan, Allah tak perlukan kau langsung, kau sedar tak?! Kau tuh yang perlukan Allah, Roslan! Ala Roslan, sekejab jer dunia nih, tahanlah sikit Roslan. Kau kena usaha untuk mati syahid Roslan! Nanti kau bukan sahaja dapat masuk syurga Firdaus Allah, tapi, kau dapat tolong kawan-kawan yang kau sayangi sangat tuh. Ker sayang yang kau ucapkan selama ini hanya lakonan semata-mata? Pasti tidak kan Roslan. Jadi, apa lagi? Cepat gi buat kerja!”
Memang benarlah, diri seorang pendakwah itu akan terasa kuat bilamana dia ada bersama dengan ikhwah-ikhwahnya. Ayoh ikhwahku, jom kita plan untuk bina perkampungan Islam kat Malaysia nanti, boleh? Kita nak start kat mana dulu? KL? Perak?
Papepun, ayoh kita susun gerak kerja kita dan mari kita mengorak langkah bersama-sama, tidak kiralah betapa jauhnya kita, tapi, inshaAllah hati-hati kita sentiasa ditautkan dengan ikatan aqidah yang suci murni ini, inshaAllah.






Salam.
Malaysia mayb boleh jadi zon selesa.
Zon kelabu pun banyak juga.
Kena bijak gunakan neraca yang ada untuk menilai… =)
Jom. berkampung di KL-Slgr….!!! =)
salam akhi =)
Setuju dengan kenyataan enta. Kalau kita tidak berhati-hati semasa berada di Malaysia nih, kita mungkin akan melangkah ke dalam zon kelabu tanpa kita sedari. Nauzubillahi min zalik..
Orait, jom kita berkampung di KL-Slgr….inshaAllah =)
salam..
insyaAllah, ada niat, ada usaha, bi’ah yg baik dapat dicari di msia ni… rasanya byk je program utk overseas students during summer ni kan??? lg2 sekitar klang valley… ada kelapangan, bleh join spy ‘jiwa’ x mati… xpun, ajak la kwn2 seperjuangan yg turut blk kg utk berprogram! create program sendiri… mesti lg bersemangat
nway, selamat pulang.. moga slmt smp ke Msia inshaAllah