Alhamdulillah, bersyukur sangat kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada saya untuk merantau ke negara New Zealand. Saya menaiki flight MAS dari KLIA pada jam 9.15pm, dan selamat mendarat di lapangan terbang Auckland pada jam 10. 35am hari berikutnya. Sebelum saya menaiki flight MAS, saya sempat makan bersama Ustaz Muntalaq, Ustaz Aatdif, Idris dan Ammar Korea.
Seperti biasa, apabila saya berseorang travel ke sana dan ke sini, saya terasa pada masa itulah hubungan saya dengan Allah swt benar-benar diuji. Kali ini, trauma virus H1N1 seperti berjaya menghantui saya apabila saya selsema sedikit di dalam flight.
Aku terkena H1N1 ker nih? H1N1 nih ada ubat untuk sembuhkan ker tak? Hyeh.. Kenapalah aku sibuk-sibuk nak gi NZ nih, kan elok kalau dapat relax duduk di dalam rumah aku jer.. Kenapalah aku nak susah-susah sangat nih.. Kalau aku mati nih, kira syahid ker? Aku layak ker nak dapat gelaran syahid nih? Betulker niat aku ke NZ nih mmg ikhlas semata-mata kerana Allah swt dan dakwahNya? Tapi, aku macam tak sedia jer nak mati lagih, macam masuk neraka jer kalau aku mati nih, banyak sangat kesalahan yang telah aku lakukan dan banyak sangat tanggungjawab yang aku lalaikan..
Itulah antara rintihan dan suara hati yang bermain-main di dalam hati saya. Malu teramat sangat pun ada apabila baru cubaan virus H1N1 yang kecil nih, sudah mampu untuk menggegarkan keimanan saya dengan dasyatnya.
Astaghfirullah…. Lemah benar diri saya nih ya Allah…. =(
Semoga perjalanan saya ke NZ kali ini akan memberikan seribu satu kenangan untuk saya menempuh liku-liku hidup saya kelak sebagai seorang pendakwah inshaAllah.








Salam. sampaikan salam kpd ikhwah2 sana…
Kalau rasa tak sedap badan, terus la dptkan rawatan…
Insya Allah ana doakan anta selamat pergi dan pulang…
Salam.Jzkk akhi =) Doakan ana dapat lebih rapat dengan Allah swt di NZ nih. Semoga kita jumpa di Malaysia nanti.