Cepat betul masa berlalu, pejam kelip pejam kelip, saya sudahpun memasuki tahun ke-3 cuti summer semenjak saya memulakan pembelajaran saya di LSE. Seperti biasa, saya akan cuba untuk merancang masa cuti summer supaya diri saya akan sentiasa disibukkan dengan kerja-kerja dakwah. Seorang akh pernah berkata kepada saya,
Kalau kita tidak disibukkan dengan perkara-perkara besar, kita pasti akan disibukkan dengan perkara-perkara kecil
Untuk menyibukkan diri kita adalah sesuatu perkara yang amat mudah untuk dilakukan oleh sesiapa pun, namum, menyibukkan diri kita hanya dengan perkara-perkara yang besar yakni amal qawiyy (amal kuat, terbaik) adalah sesuatu yang kebiasanya gagal dilakukan oleh kebanyakkan penggerak dakwah, termasuklah diri saya sendiri =(
***********************************
Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Al-’Asr, 103:1-3)
***********************************
Contohnya, kadang-kadang apabila saya melayari youtube, pada awalnya niat dihati adalah untuk melihat video terbaru brothers di France, tapi, tangan saya akan mula menekan satu video ke satu video yang lain. Selalunya, video yang pernah saya tengok dulu pun saya akan tengok balik. Pelik kan, tapi itulah hakikatnya.
Facebook. Huh! Ini adalah contoh kedua yang saya yakin ramai dari kalangan kita terperangkap dengannya. Kalau once kita dah buka facebook tuh, memang berjam la masa yang akan dibazirkan oleh kita. Again, the word is bazir! Mungkin pada awalnya, kita hanyalah nak upload gambar baru trip kita ke NZ, tapi, lepas dah habis upload gambar, kita nak pula tengok gambar-gambar baru kawan kita. Kalau kita ada satu sahaja kawan, takpe la juga, tapi kalau dah 10 kawan, mungkin 3 jam pun boleh berlalu begitu sahaja. Itu tak termasuk lagi, menjawab kuiz-kuiz entah pape di dalam facebook tuh!
Selain daripada 2 contoh diatas, terdapat banyak lagi contoh yang boleh kita sama-sama bincangkan terutamanya dari segi aktiviti dakwah yang kita pilih. Ini lagihlah amat penting! Di atas dunia ini, terdapat seribu satu aktiviti dakwah yang kita boleh dan inshaAllah mampu lakukan. Tapi, persoalannya adalah:
- Aktiviti yang mana satu adalah aktiviti yang paling sesuai dengan marhalah yang kita sedang berada pada marcapada ini?
- Aktiviti yang mana satu yang akan memberikan kesan yang lebih banyak dalam mencapai 7 maratib amal kita?
InshaAllah, antara buku yang saya amat syorkan kepada dai’e di luar sana untuk memahami isu Fiqh Dakwah ini adalah siri buku Sheikh Ahmad Al-Rasyid. Semestinya antum perlu mengikuti siri-siri buku ini daripada buku yang pertama, kedua dan seterusnya. Jangan pula antum belum lagi membaca dan paling penting memahami content yang hendak disampaikan di dalam buku pertamanya yakni muntalaq, antum sudah mahu membaca buku Tanzim Esklusif ya! Nanti, inshaAllah antum akan pening dan salah faham =P
InshaAllah, kalau perlu, saya akan cuba huraikan mengenai topik amal qawiyy dan amal dhaif pada entry saya yang lain inshaAllah.







