Alhamdulillah, petang nih inshaAllah saya, Nik, Haq, Ridhwan dan Zaid akan memulakan perjalanan kami ke bumi Palmy sebelum kami bergerak ke bumi Oklen pada keesokkan harinya. Saya diberitahu oleh Ridhwan dan Haq yang bumi Palmy ini terkenal dengan wind farm mereka =)
4 hari dan 3 malam saya telah berada di Wellington, New Zealand. MashaAllah! Banyak sungguh pengalaman yang telah dapat saya kutip di bumi buah kiwi ini. InshaAllah, akan saya cuba kongsi dengan para pembaca sekalian pengalaman saya pada kali ini.
30 Jun
Ketibaan saya di Wellington pada jam 5.30pm dijemput oleh Nik Hazwan dan Abdul Haq. Seterusnya, saya, Nik, Haq, Haziq, dan Iqbal dipandu oleh Hazim dengan vannya menuju ke satu-satunya masjid di bumi Wellington ini untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas itu, saya, Nik dan Haq dihantar oleh Hazim ke rumah Haq yang terletak di Gate 9. Malam itu, kami berkenalan dengan lebih lagih dan Haq menjamu saya dengan kurma masak ayam. Memang hebat lah Haq nih! =)
1 July
Pada hari seterusnya, setelah menunaikan solat Subuh bacaan mathurat berjemaah di surau Victoria University, Wellington, ana, Nik, Haq, Zaid dan Ridhwan menuju ke Harbour Wellington dan Te Papa (The Gallery). Muzium nih memang best ah! Ada sotong yang terbesar di dunia, very informative dan interactive dengan para pelawat. Siap ada movie pasal sotong tebesar yang kena tangkap dalam 3D tuh!! Kagum.. kagum…
2 July
Seperti yang dirancang semalam, saya dan Nik telah dibawa berjalan-jalan ke Botanical Garden oleh Haq, Zaid, Ridhwan dan Hakimi. Lupa nak bagitau pulak. Akhi Ridhwan inshaAllah, sedang dalam perjalanan dia untuk menjadi jurukamera dakwah yang terbilang inshaAllah =p. Jadi, sepanjang trip saya di NZ nih, Ridhwan adalah photographer tetap kami =D
Untuk makan tengah hari, kami ber-picnic di Rose Garden yang terletak di dalam Botanical Garden nih.
Selepas makan tengah hari, kami bergerak menuju ke Bandar Wellington. Antara benda yang menarik di Wellington nih adalah bangunan parlimentnya yang berbentuk sarang lebah.
Selain itu, menurut Ridhwan, Wellington juga terkenal dengan Lambton Quaynya. Ada apa dengan Lambton Quay? Saya pun tak tahu…
3 July
Hari ini, sekarang nih, saya sedang berada di rumah Zaid dan kawan-kawannya and lepas nih inshaAllah kami akan memulakan jaulah/trip kami ke Palmy. Doakan kami selamat pergi ke Palmy! =)













love NZ.. ntah bilaa laa nak sampai.. salam ziarah dari pelajar di bumi eire.. blog hopping