Assalamualaikum,
Ikhwah dan akhawat, marilah kita saling memperingati akan tugas UTAMA kita. Apabila dikatakan UTAMA, maka tiada lain yang lebih UTAMA dari pekerjaan ini. Dan menjadi satu kewajipan pada setiap kita untuk melakukannya jika kita telah beriman dengan fikrah ini.
Marilah kita terus membina rijal…
Sentiasa…
Di mana jua…
Rijal yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai kuli dakwah.
Rijal yang sentiasa serius dalam kerja-kerja dakwah yang dilakukannya.
Rijal yang akan bertahan dengan segala rintangan di jalan dakwah walaupun dia keseorangan. Rijal yang sentiasa mengatasi segala keuzurannya untuk sentiasa memenangkan dakwah.
Rijal yang akan ke hadapan menghulurkan bantuan tanpa disuruh apabila dakwah memerlukan. Rijal yang akan menggempur medan yang tandus untuk menghidupkannya dengan tarbiyah dan melahirkan rijal yang baru.
Rijal yang hidupnya adalah dakwah, menjual seluruh dirinya kepada ALLAH. Meleburkan dirinya di dalam dakwah, sehingga tidak ada lagi dirinya… yang ada hanya dakwah.
Sokongan orang ramai, pengaruh dan kuasa bukan faktor UTAMA kemenangan islam. Sebagaimana SQ mengingatkan kita…
“Janganlah sambutan orang ramai itu melalaikan kamu dari menyusun barisan dalaman kamu dan dari menyediakan rijal yang mampu menghadapi segala kesukaran dan dapat bertahan lama.”
Kita takkan selamanya di medan ini. Cita-cita kita terlalu tinggi sehingga menjangkau usia kita sendiri. Lalu, siapa yang akan menyambung cita-cita ini setelah pemergian kita?
Tajarrud! Ramai orang mengatakan kita harus tajarrud. Tajarrud semaksimum mungkin. Tapi berapa ramai antara kita yang tajarrud pada hakikatnya? Pada fikiran, lisan, hati dan perbuatannya. Pada setiap keputusan penting yang dibuat di dalam hidupnya.
Sehingga menjadikan hidupnya sentiasa fleksibel untuk dakwah.
Bukan lagi dakwah yang harus fleksibel dengan kehidupannya.
Bayangkan KITA yang tajarrud… alangkah indahnya.
Amiruddin Hamidun.
6 Mei 2010, 2.18 pagi
Nice, France
(dipetik dari blog Amiruddin)
***********************************
Setakat nih, saya tengah busy untuk prepare exam saya, (minta doakan saya), jadi saya akan hanya melakukan proses copy dan paste artikel-artikel dan bahan tarbiyyah yang saya rasa best dan amat bermanfaat dari blog lain =).
Message artikel di atas adalah sangat penting untuk kita sebagai seorang dai’e perhatikan, dan jangan sesekali kita lupa dengan kerja UTAMA kita, yakni membina manusia menjadi rijal-rijal yang tajarrud sepenuhnya kepada Islam, kerana hakikat silam menunjukkan bilangan dai’e sebegini adalah amat sedikit sekali.
Islam yang kita impikan untuk menjadi ustaziatul alam, pada setiap masa akan memerlukan rijal-rijal yang besar hatinya, dan seluruh jiwa dan raganya digunakan HANYA untuk Islam. Rijal-rijal yang tiada kepentingan diri dalam mengikuti jalan dakwah ini kecuali untuk mendapatkan redho Penciptanya, Allah swt.
Jom, kita mentajarrudkan diri kita..!!







Subhanallah bestnye tulisan ini…. tugas utama kita adalah….. cari orang bina ar-rijal.. insya Allah akhi..