Pagi hari ini saya telahpun menghantar 4 orang adik kesayangan saya ke Stansted Airport untuk melakukan tugas dakwah di bumi German. Seorang akan balik isnin ini dan lagi 3 akan balik Selasa ini, sebelum kami bertolak bersama-sama dengan ikhwah lain ke bumi Andalusia. Tak sabarnya…!! =D Tak sabar untuk mereka balik, kerana bilik saya terasa kosong tanpa Encik Pipi =( Tak sabar juga nak dengar khabar berita gembira dari bumi German =) Lastly, tak sabar nak pergi Andalusia…!!
Setiap kali saya melihat Alhambra di Granada, terasa iman di dalam hati ini naik sikit. Seni ukir yang wujud di sana sangat membuktikan bahawa Islam pernah berkuasa di atas muka bumi ini suatu ketika dahulu. Sebenarnya saya dah 2 kali ke bumi Spain. Yang terakhir, saya pergi dengan Encik Wewe dan tempat tinggal kami di sana, mashaAllah, memang mewah tapi murah ok! =) InshaAllah, trip kami pada kami ini akan ziarah Granada, Cordoba, Nerja, Gibraltar, Lakes & Orchards dan Tangier. Kami akan pergi ke Spain selama 7 hari menaiki easyjet dan akan duduk di Club La Costa, Marina del Sol. Tiba-tiba, terasa macam nak buat entry lain menceritakan pasal trip kami ini. (^_^)
Okok.. Back to the main topik kenapa saya mahu menulis blog?
Semenjak saya mengikuti jalan dakwah ini, to be more specific, semenjak saya mendengar Syahadatul al-Haq daripada Ustaz Yuyu, otak, hati, fikiran dan emosi saya mengalami proses perubahan yang dasyat. Untuk pengetahuan semua, saya ini adalah seorang yang memang banyak berfikir dan saya juga tidak akan membuat sesuatu perkara melainkan:
1) Saya benar-benar faham akan perkara tersebut
2) Saya yakin akan perkara itu
3) Saya nampak ke mana saya nak pergi 20 tahun akan datang
Kompleks?
Tak lah kompleks sangat kannn?
Semakin lama saya dalam jemaah dakwah yang saya pilih ini, semakin sukar saya rasa untuk saya thabat di atas jalan dakwah ini. Bukan kerana salah jalan dakwah ini atau jemaah ini. Ini adalah tabiat jalan dakwah. Tapi kerana cabaran demi cabaran yang saya hadapi sangatttt menyakitkan dan menyedihkan hati saya. Dahulu saya ingat, saya perlu berusaha keras untuk membuang jahiliah di dalam diri kerana ianya akan memperlahankan tugas dakwah saya, mencairkan tarbiyyah saya dan melemahkan semangat dakwah saya. Namun, kita baru saya sedar yang nak berhadapan dengan masalah di dalam jemaah adalah lebih sukar dan sangatt mudah untuk melunturkan semangat juang saya.
Kadang-kala, saya rasa nak larikan diri jer dan sembunyi seorang-seorang kat mana-mana negara. Ada sekali itu, saya pernah terasa sampai mahu menukar nama saya, dan menjadi orang lain untuk memulakan hidup saya yang baru.
Mungkin anda akan tertanya kenapa sampai tahap begitu?
Nak tukar nama semua?
Ker ada yang faham kenapa? =/
Pabila kita mengikuti jalan dakwah ini, manusia luar pasti akan melihat perubahan pada diri kita. Ada sesetengah kawan boleh menerima perubahan yang berlaku pada diri kita. Namun begitu, ada sesetengah pula tidak dan akan menjauhkan diri mereka dari kita. Paling menyedihkan, apabila ada sesetengah kawan sampai tahap berbicara mengenai kehidupan kita yang takde kena mengena pun dengan mereka. Siap tambah cerita pada cerita asal. Mungkin sebab cerita asal kurang interesting kut..! =D
Tapi, sebab di atas bukanlah sebab mengapa saya mahu menukar nama saya..! Semestinya tidak. Sebab kenapa saya mahu menukar nama saya adalah, saya tidak mahu saya menjadi asbab (sebab) kepada lemahnya semangat anak-anak usrah saya, mahupun adik-adik yang melihat saya sebagai idola mereka.
Kenapa?
Asal nak kisah sangat pasal mereka?
Sebab saya sangatttttt sayangggggggg pada adik-adik saya di atas jalan dakwah ini terutamanya adik-adik saya di bumi Lulu. Merekalah sayap kiri dan kanan saya untuk saya terbang di atas jalan dakwah ini. Tanpa mereka, mungkin sudah lama saya sendiri menyepi dan membawa diri seorang-seorang dengan masalah saya.
Tidak cukup itu sahaja. Kebelakangan ini, saya lebih kerap berhadapan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh ikhwah (saudara) lain. Ada yang berjumpa saya untuk menceritakan masalahnya. Ada yang menulis email. Tidak kurang juga yang call dan ym. Sampai tahap ada seorang adik saya ini menanya saya,
“Macam mana roslan memberikan segalanya untuk dakwah eh?”
Astaghfirullah… Terlalu tinggi sangkaanmu terhadap saya. Ketika saya menerima pertanyaan itu, saya terasa sungguh tersentap, malu dan takut. Saya tahu diri saya ini sangatt jauh dari memberikan segalanya untuk dakwah.
Ya, saya mahu memberikan segalanya untuk dakwah ini..!!!
Saya mahu memberikan jiwa dan hartaku untuk membeli redho dan syurga Allah..!!!!
Namun, untuk mencapai tahap itu, banyak lagi ikatan-ikatan yang perlu saya leraikan di dalam diri saya ini. Dahulu, amat mudah untuk saya leraikan ikatan demi ikatan. Namun semenjak saya menerima tekanan demi tekanan, terasa amat susah untuk saya memutuskan ikatan-ikatan yang masih ada di dalam diri ini. Barulah saya sedar sekarang ini, betapa lemahnya diri saya dan betapa mahalnya harga syurga itu. =(
Jadi, bila saya fikir-fikir balik. Saya tidak dan tidak mahu quit dari jalan dakwah ini kerana inilah satu-satunya jalan yang akan memberikan harapan untuk saya memasuki syurga Allah swt. Selain itu, saya juga tidak mahu adik-adik saya mencontohi apa-apa perbuatan saya yang tidak baik. Yang terakhir, saya mahu berkongsi dengan para pembaca dan para duat di luar sana sedikit sebanyak tentang kehidupan saya agar anda semua sedar yang saya juga sama seperti anda, dengan kelemahan-kelemahan yang saya ada di dalam diri saya ini.
Ini kerana saya percaya, semakin kita sedar yang ramai duat di luar sana menghadapi ujian dan masalah yang sama seperti kita, kita akan rasa lebih mudah untuk mengharungi jalan dakwah ini. Kita juga tidak akan tertekan dengan menyangkakan bahawa diri kita ini sangat teruk berbanding individu-individu lain.
Ini kerana, islam adalah manhaj untuk manusia. Tidak akan terjadi suatu keajaiban luar biasa pada diri seseorang apabila dia sedar akan tujuan hidupnya dan mahu melakukan tugas dakwah ini.
Kalau sebelum ini dia seorang yang meminati movie, anime, games, penghisap rokok yang tegar dan ketagih akan bahan atau video lucah, perasaan itu tidak akan hilang dengan tiba-tiba.
Kalau dahulu perasaannya tertarik pada lelaki (bagi lelaki) dan tertarik pada perempuan (bagi perempuan) atas sebab-sebab tertentu atau suasana kehidupan lampaunya, masalah ini tidak akan hilang begitu sahaja.
Kalau sebelum dia seorang yang pemarah, malas dan pendiam, diri yang sama tidak akan berubah menjadi seorang pemimpin yang disegani dan hebat.
Kalau dahulu hampir setiap hari pasti dia akan masturbate, ketagihan itu tidak akan hilang tiba-tiba.
Semua perubahan di atas, memerlukan masa dan semestinya memerlukan tarbiyyah dan dakwah. Semakin kita rapatkan diri kita dengan Allah, semakin kita sibuk dengan kerja dakwah, semakin Allah akan membantu kita untuk mengharungi masalah-masalah tersebut.
Paling penting, janganlah kita lari dari jalan dakwah ini atas dasar malu ataupun merasakan sudah tidak ada peluang untuk kita menjadi diri yang baru yang lebih baik. Percayalah, selama saya bergelumang dengan kerja dakwah ini, ramai manusia yang saya jumpa menghadapi masalah-masalah seperti yang saya sebutkan di atas.
Semestinya pada zaman di mana kita tiada khalifah dan islam seperti suatu yang sangat asing di dalam masyarakat, tidak peliklah wujudnya pelbagai jenis masalah-masalah tersebut. Oleh itu, menjadi tugas kita untuk menyediakan suatu suasana yang lebih kondusif untuk generasi yang akan datang untuk membesar sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang hamba.
Jom kita menjadi asas kukuh kepada bangunan islam yang akan semakin meninggi hari demi hari sehinggalah ianya menjadi ustaz kepada alam ini..!!
Ayuh, bangkitlah wahai pemuda..!!!













Teruskan bertahan >.<!
-Amri
“time heals almost everything”
i like this
teruskan berjuang..innallaha ma’assabirin
Semoga masa juga mampu mengubati masalah ukhuwah kita =)
Jazakallahukheyr..
Tiba-tiba terasa sinar harapan meski telah dihantui awan hitam kelabu..
Doakan kami abg roslan..
Moga dapat sama-sama kita realisasikan impian kita utk melihat Islam mekar di dunia..
Aamin.