Bismillah ar-Rahmaan ar-Raheem,
Diri ini sama sahaja seperti manusia lain di dunia ini yang mana semuanya diciptakan oleh Allah swt. Seperti manusia lain, diri ini mengimpikan untuk merealisasikan slogan:
“Telah aku jualkan jiwa dan hidupku kepada Allah, lalu aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk”
Diri ini juga sedang dalam proses untuk mengubah dirinya menjadi seorang muslim yang berguna kepada Tuhannya. Hobinya adalah berfikir dan dia juga seorang yang suka mencari persahabatan baru dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang ingin menuju kepada Tuhan.
Andai para pembaca sekalian inginkan penjelasan yang lebih untuk mana-mana entry di dalam blog ini, harap dapat meninggalkan komen anda pada entry tersebut atau menghubungi dia terus. Pada masa yang sama, sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana entry pada blog ini atau merasakan yang ianya tidak bermanfaat atau boleh diperbaiki, silalah jangan segan dan sila untuk menegur. Namanya pun manusia, pasti penuh dengan salah dan silap.
Akhir kata, terima kasih atas lawatan anda ke blog ini dan moga-moga tulisan dalam blog ini bermanfaat untuk anda.
Email : kalamkalbu@gmail.com








What is your opinion on the movie ”Fitna”? In your opinion, how should muslims react?
http://abcnews.go.com/GMA/story?id=4549294&page=1
Something, with patient as the core.
quote:
Hobinya adalah berfikir
——————–
aku suke orang yang berfikir
salam perkenalan minister of mind..
Salam perkenalan. Pertama sekali nice blog, 2nd sama-sama kita memperjuangkan isu palestin.
saya lagi dalam kebingungan dalam mencari pengertian agama Islam yang sesungguhnya… dan hati saya tersentuh setelah membaca ceritamu.. mungkinkah kamu bisa menjadi orang yang bisa saya ajak diskusi? tks
inshaAllah, boleh saja kita berdiskusi dalam memahami Deen kita dengan lebih mendalam =)
assalamualaikum.
ak baru jumpe blog ni.boleh jadi sahabat baru kau? tapi ak xske org yg hipokrit.hope kau sama mcm apa yg kau tulis.
Waalaikum salam wrh wbt dear, inshaAllah, semestinya boleh menjadi sahabat. Saya juga tidak suka kepada orang yang hipokrit =) Cumanya, satu yang saya mahu katakan, saya adalah seorang manusia yang kadang kala iman saya naik dan turun juga. Semoga awak dapat bersabar dengan saya apabila iman saya turun.
Salam perkenalan!
assalamualaikum.
blog ni jarang update rupanya.ko mmg bz ke? ke sbb mad’u ko smua dpn mata je? exclusive btol dakwah! haha ak acah je. boleh sambil2 fikir.
btw,ak mcm ade satu stigma ni.xtau nk luah kat sapa.hope sbg sahabat baru ko sudi dgr n reply.
kenapa org2 dakwah suka tutup kesilapan/kesalahan diri dgn alasan iman tgh turun? sedangkan kalau iman tgh naik pun, tetap buat kesalahan/abaikan perkara yg sama. bila dh kenal perkara penting, byk benda dibakulsampahkan sbg tak penting. eg; hormat kpd orang yg lebih tua, senyum dan berbudi bahasa kpd org2 yg tak membawa apa2 kepentingan kpd dakwahnya tp perlu dihargai selayaknya.
entah arr.ak xde le tua sgt nk jadi sensitif ni.tapi ak xsuke tgk org muda dlm dakwah yg asyik ckp bz buat dakwah, sedangkah dakwah tu adalah kehidupan. mana boleh pisahkn atau abaikan bbrp perkara, though nampak mcm perkara kecik je, xmenambahkan bilangan penggerak pun kalau buat. fokus tetap fokus, seimbang tetap dijaga.
eh xpe ke ak tanye ko ni? umur ko brp ye? ak dh lama ikut, tp terkejut kejap tengok gelagat org2 br yg deny byk benda sbb nk buat satu benda betul2. mampu ke bertahan sampai tua mcm ak ni or mcm batch ayah ak.
chow dl
Salam Dear,
Minta maaf sebab lama tak update blog nih. Memang diri ini sebenarnya kurang seni menulis selain kebelakangan ini ada masalah yang sangat mengganggu emosi diri.
Betul cakap dear tak patut orang dakwah atau orang bukan dakwah untuk tutup kesalahan dia dengan menggunakan hujah iman naik dan turun. Tapi, itu adalah hakikat kehidupan manusia. Iman naik dan turun. Sebab itu kita perlukan pada nasihat dan bantuan kawan-kawan disekeliling kita.
Umur aku? Hehe.. Apa kata awak perkenalkan diri awak dulu. Baru adil kan? Kalau tak kan tulis kat sini, boleh email saya kat kalamkalbu@gmail.com inshaAllah =)
Salam alaik,
Ana nak tanya, ini akhi Syed Roslan yang dahulunya belajar di KYSM ke? Tolong jawab persoalan ana jika tidak keberatan.
Jzkk in advance.
Wslm