Airmata Seorang Naqib Pt 4

25 02 2008

Winter Retreat

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan mendengar masalah kalian jika hati kami gembira melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi.

Read the rest of this entry »





Airmata Seorang Naqib Pt 3

24 02 2008

Pengorbanan

Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian akan menjadi tangan-tangan yang akan bersama mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya hampa.

Read the rest of this entry »





Airmata Seorang Naqib Pt 2

23 02 2008

Dunia Permainan

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita yang masih panjang.

Read the rest of this entry »





Airmata Seorang Naqib Pt 1

22 02 2008

University

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah ceria pelajar-pelajar baru yang begitu bersih yang dapat menjejakkan kaki ke sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara. Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami ceritakan segala-galanya nanti!

Read the rest of this entry »





Usrah Dan Malaysian Night

9 02 2008

London

Hey Zaquan, ape citer? Lama tak dengar khabar.. mentang-mentang dah jadi orang London, dah lupa kawan kat Malaysia ah yer…“, kata Aiman padaku. “Hey mate, chill ah, aku jadi londoner jer, tapi aku masih ingat kat ko ah, kan kita kawan dunia akhirat..“, balasku pada Aiman.

Read the rest of this entry »





Hadiah dariMu

2 02 2008

Quran

Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Read the rest of this entry »