Lima Bulan

13 08 2008

Lamanya tak update blog! Dah 5 bulan tuh.. huhu.. Saya dengan rasa rendah dirinya ingin meminta maaf kepada semua para pengunjung blog saya kerana telah mengecewakan kamu semua selama tempoh 5 bulan ini. Tiada alasan dari saya, namun semuanya adalah kerana kelemahan diri sendiri. (Ceh… macam ala-ala gaya para sahabat yang tidak pergi ke perang Tabuk.. huhu..)

Read the rest of this entry »





Mimpi Palestin

16 02 2008

Boikot

Saiful, kau jangan lupa pergi UGM (Union General Meeting) pukul 1pm nanti, jangan lupa ajak semua kawan muslim dan non-muslim kau, ingat tau~!!”, kata Hanafi padaku.

Errr, yang kau ni semangat sangat apasal Hanafi? Read the rest of this entry »





Gong Xi Fa Chai

7 02 2008

Gong Xi Fa Chai

Asm wrh wbt, apa khabar? Dah sihat dari demam? You have to drink a lot of water. Remember to study hard and take care. Kalau ada masa free tomorrow morning, do call ‘popo’ and wish her Happy Chinese New Year

Itulah text sms yang aku dapat dari ibuku semalam. Sungguh ringkas tetapi berjaya menyentuh hatiku. Terkenang kembali kisah silamku… Read the rest of this entry »





Demam

1 02 2008

Thermometer

Jarum jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. Badanku terasa sungguh berat untuk digerakkan. “Pukul 10.15 pagi nanti, aku kena jemput budak-budak Rusia dekat Victoria pulak, tapi badan aku macam tak larat jer.. demam kut aku nih..”, bisik hati kecilku. “Minta azman jemput jer ah budak-budak tuh.. ker macam tak adil lak nanti.. aku dah janji dengan budak-budak tuh yang aku akan jemput mereka nanti.. hyeh.. macam mana nih..” Aku mencari handphoneku lalu men-dail nombor azman.

“Welcome to the 02 messaging service, the person you are calling is unable to take your call, please leave your message after the tone….”

“Budak nih tak angkat phone dia la pulak.., cuba call ammar ah, rasanya dia dah habis kelas hari nih..” “Assalamualaikum ammar, katner tuh?”, kataku. “Kat umah ler.., kenapa?” “Hmm, azman ada tak? Tolong passkan phone kat dia,” sambungku. “Assalamualaikum, hah..ada apa cari aku”, kata azman.

Read the rest of this entry »





Salam Perkenalan

27 01 2008

Aku hanyalah seorang insan biasa seperti kamu semua yang Alhamdulillah telah dikurniakan nikmat Islam sejak aku masih kecil lagi. Ibuku seorang mualaf atau lebih sinonim dengan panggilan chinese muslim manakala ayahku diiktiraf sebagai Melayu di dalam kad pengenalannya. Oleh itu, setiap tahun aku akan berpeluang untuk menyambut Hari Raya Haji, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina.

Sejak kecil, aku diasuh dengan belaian kasih sayang yang secukupnya oleh ibu dan ayahku. Kelahiranku di bumi Malaysia menjanjikan nikmat makanan melayu, cina dan india. Selain itu, bumi ini juga menjaminkan keamanan dan keselesaan hidup rakyatnya. Bak kata pepatah :

“Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri”

kampung
Read the rest of this entry »