Feeds:
Posts
Comments

Paradise and Hell

Gunung

“When Allah created Paradise and Hell, He sent Jibreel (Gabriel) to Paradise, saying: ‘Go and look at it and the things that I have prepared there in for its inhabitants.’ So, he went and looked at it and at what Allah had prepared there in for its inhabitans. He then came back and said: ‘By Your glory, whosoever will hear of it will long to enter it.’ So He ordered that it be surrounded by forms of hardship, and said to Gabriel: ‘Go back and look at what I have prepared there in for its inhabitants.’ So he went back and found that it was surrounded by forms of hardship (here refers to forms of religious dicipline which many may find burdensome). Then, he came back and said: ‘By Your glory, I fear that no-one will enter it.’

Then He sent him to the Fire of Hell, saying, Continue Reading »

BBQ

mukmin itu bersaudara

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

(Al-Hujurat, 49:10)

************************************

Alhamdulillah, bersyukur yang amat sangat kepada Allah swt yang masih lagi mengurniakan saya ini dengan nikmat Iman dan IslamNya yang memang tidak terhingga dan tiada harga yang mampu digunakan untuk membelinya. Sesungguhnya, diri ini sedar bahawa tanpa belas kasihan dan rahmat dariNya, tentu pasti, sudah lama diri ini tidak layak untuk berada di atas jalan dakwah ini.

2 hari lepas, rumah kami di 102 Playford Road, telah mengadakan majlis bbq yang alhamdulillah simple tapi sungguh bermakna. Abg Hadhrami, Sofe, Shamshir dan Asyraf merupakan group yang mencadangkan idea BBQ nih, dan semestinya idea yang mantap ini perlu dilakukan di rumah yang hebat juga, yakni 102 Playford Road. Hehehe…

Continue Reading »

Segenggam Tabah

dare2fail

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Continue Reading »

matahari

Semalam, saya dan Adam tan bersama-sama dengan brothers dari surrey (Shamsul, Idzat, Azhar dan Anas) telah bersama-sama menaiki cruise ke Greenwich. Perjalanan menaiki cruise nih memang best ah.. cuma yang tak bestnya bila ada aksi-aksi yang kurangĀ  sopan dari masyarakat sekitar.

Hyeh.. sedih..sedih.. banyak lagi kerja kita nih..!!

Setibanya di Greenwich, kami disambut oleh bro Iman untuk membawa kami bersiar-siar di Greenwich dan picnic bersama-sama di salah satu bukit yang ada kat Greenwich. Alangkah terkejutnya saya, dan hancur leburnya mood saya apabila melihat aksi-aksi masyarakat sekitar yang sudah mula memakai baju “summer” mereka.

Astaghfirullah……………………….

Continue Reading »

Pada hari ketika manusia melihat hari kiamat itu (kerana suasananya yang hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari.

(An-Nazi’at, 79:46)

***************************************

Kesan peristiwa Qiamat itu begitu besar dan dasyat pada jiwa manusia sehingga kehidupan di dunia dibandingkan dengannya kelihatan amat kerdil. Seluruh umur di dunia, peristiwa-peristiwanya, kenikmatan-kenikmatannya dan segala sesuatu yang ada padanya dirasakan mereka seolah-olah kehidupan sepetang atau sepagi sahaja.

Kini tergulunglah sudah kehidupan dunia yang selalu membuat penghuni-penghuninya berperang dan bertarung antara satu sama lain kerana merebut kenikmatannya. Dunia yang selalu membuat mereka mengutamakan kenikmatannya dan mengabaikan usaha mereka untuk mendapat habuan akhirat. Dunia yang selalu membuat mereka sanggup melakukan untuknya segala jenayah, maksiat dan kezaliman, dan dunia yang selalu membuat mereka dihanyut nafsu dan hidup kerana nafsu.

Continue Reading »

hakim

Alhamdulilah, dua hari lepas, saya selamat mendengar khutbah jumaat oleh Sheikh Ahmad Saad di Finsbury Park mosque. Topik khutbah kali ini adalah bagaimana manusia yang sibuk melantik diri mereka menjadi hakim. Hakim yang tidak dipersetujui oleh Allah swt mahupun badan kehakiman di dunia ini. Pelik, tapi benar.

Umat Islam marcapada ini sangat suka menghakim perbuatan orang lain, tak kira lah samaada orang itu islam ataupun bukan islam. Paling menyedihkan, apabila wujud golongan remaja islam yang sangat gemar mengkritik sheikh-sheikh besar yang berkerja di atas jalan dakwah ini.

Apa maksud besar di sini?

Continue Reading »

“This path may be difficult, but the final destination is certain”

birthday_

Khas Buat Insan Bernama Waqiyuddin:

Allah selamatkan kamu…
Allah selamatkan kamu…
Allah selamatkan dan rahmati kamu…
Allah selamatkan kamu…

(harap akh waqiyuddin dapat menggambarkan saya tengah menyanyikan lagu di atas untuk anda la yer.. dengan suara merdu saya nih.. =D )

Continue Reading »

Mistylook

Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat sebab hari ini, saya telah selesai mengulangkaji satu-satunya pelajaran saya, subject EC220. (Introduction to Econometrics). InshaAllah, sekarang saya akan mula untuk membuat past year papers. Semoga dengan usaha saya yang tidak seberapa ini, Allah akan memudahkan diri ini untuk menjawab soalah peperiksaan pada khamis ini.

Seperti yang anda dapat lihat, saya telah menukar blog saya kepada theme baru (Mistylook). Kenapa saya memilih theme ini:

  1. Saya sedang berusaha untuk menjimatkan masa saya especially tahun depan saya akan mula belajar semula setelah setahun mengambil gap year atas sebab masalah bahu kanan saya.
  2. Saya mempunyai impian yang ingin saya laksanakan pada tahun hadapan di mana banyak masa akan diperlukan =) Sekali lagih, saya perlu kurang bazirkan masa pada perkara yang kurang perlu.
  3. Anak-anak usrah saya sudah mula mengadu yang mereka tidak cukup kasih sayang saya. Nak buat dakwah ke negara jiran pun disekat atas sebab ketandusan kasih sayang saya. Hehe.. Continue Reading »

Hadiah Hari Jadi

selamat-hari-jadi-3

Alhamdulillah, pada 23 Februari lepas, aku telah menyambut hari lahirku yang paling best setakat nih. Kenapa paling best eh? Mungkin sebab alhamdulillah, pada kali ini aku berjaya untuk merasa suatu perasaan yang sudah lama aku impikan! Pada kali ini, aku tidak lagi seperti dulu, di mana aku akan rasa pelik semacam kerana ada suatu perasaan yang bermain di dalam diriku, kerna hari ini hari lahirku. Selain itu, kalau dahulu, aku sering memgidamkan hadiah dari kawan-kawanku. Aku juga mudah terasa hati apabila ada kawan-kawan sekelilingku yang tidak mengucapkan happy birthday kepadaku. Continue Reading »

Aku Juga Manusia

burung

Tersalah kata,
Terlanjur bahasa,
Tersilap bicara,
Terlajak mara,
Sudah lumrah manusia.

Continue Reading »

« Newer Posts - Older Posts »