Feeds:
Posts
Comments

Kuliah Online Ustream

Seperti yang saya janjikan dahulu, inshaAllah, saya akan war-warkan kuliah-kuliah online yang telahpun saya buat semenjak sebulan lepas rasanya.

Pertama, kuliah bedah Buku Dasar-Dasar Islam tulisan Al-Maududi =)

Kuliah ini saya buat pada asalnya adalah atas permintaan ibu kesayangan saya. Ini kerana, pada kali pertama saya memberitahu ibu saya yang saya sertai usrah/halaqah/quranic circle di bumi Lulu ini, ibu saya terkejut dan menyangkakan saya telah join group terrorist mana entah. Huhu. Oleh kerana itu, semenjak saat itu saya mula berkongsi dengan ibu saya akan kehidupan saya di sini termasuk juga kisah manis dan pahit saya.

Saya sayang ibu saya =)

Jadi, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”, saya pun terfikir untuk berkongsi dan membuka kuliah ini kepada anak usrah saya, adik-adik saya di seluruh dunia ini dan juga kepada anda semua. Ya anda yang merupakan pembaca setia blog saya. Setia ker? Huhu..

Kuliah Dasar-Dasar Islam

Nih link dia, kuliah ini akan ada berlangsung setiap hari jumaat, 10pm waktu UK, 5am waktu Malaysia

http://www.ustream.tv/channel/warungkopi

Selain daripada kuliah di atas, saya juga ada menjalankan kuliah mengenai fiqh dakwah. Target audience untuk kuliah ini adalah para penggerak dakwah. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kuliah ini, bolehlah email pada saya ya!

Pagi hari ini saya telahpun menghantar 4 orang adik kesayangan saya ke Stansted Airport untuk melakukan tugas dakwah di bumi German. Seorang akan balik isnin ini dan lagi 3 akan balik Selasa ini, sebelum kami bertolak bersama-sama dengan ikhwah lain ke bumi Andalusia. Tak sabarnya…!! =D Tak sabar untuk mereka balik, kerana bilik saya terasa kosong tanpa Encik Pipi =( Tak sabar juga nak dengar khabar berita gembira dari bumi German =) Lastly, tak sabar nak pergi Andalusia…!!

Setiap kali saya melihat Alhambra di Granada, terasa iman di dalam hati ini naik sikit. Seni ukir yang wujud di sana sangat membuktikan bahawa Islam pernah berkuasa di atas muka bumi ini suatu ketika dahulu. Sebenarnya saya dah 2 kali ke bumi Spain. Yang terakhir, saya pergi dengan Encik Wewe dan tempat tinggal kami di sana, mashaAllah, memang mewah tapi murah ok! =) InshaAllah, trip kami pada kami ini akan ziarah Granada, Cordoba, Nerja, Gibraltar, Lakes & Orchards dan Tangier. Kami akan pergi ke Spain selama 7 hari menaiki easyjet dan akan duduk di Club La Costa, Marina del Sol. Tiba-tiba, terasa macam nak buat entry lain menceritakan pasal trip kami ini. (^_^)

Okok.. Back to the main topik kenapa saya mahu menulis blog?

Semenjak saya mengikuti jalan dakwah ini, to be more specific, semenjak saya mendengar Syahadatul al-Haq daripada Ustaz Yuyu, otak, hati, fikiran dan emosi saya mengalami proses perubahan yang dasyat. Untuk pengetahuan semua, saya ini  adalah seorang yang memang banyak berfikir dan saya juga tidak akan membuat sesuatu perkara melainkan:

1)      Saya benar-benar faham akan perkara tersebut

2)      Saya yakin akan perkara itu

3)      Saya nampak ke mana saya nak pergi 20 tahun akan datang

Kompleks?

Continue Reading »

Sebenarnya terlalu banyak buku dan artikel-artikel dakwah yang sangat bernilai yang telahpun dicetak dan discan di luar sana. Jadi, ianya membuatkan saya berfikir ada manfaat ker saya tulis blog saya ini? Inilah masalah pertama saya mengapa saya sangat kurang update blog saya. Tambahan pula, saya selalu menyoal diri saya, siapalah saya untuk berbanding dengan penulis-penulis buku fiqh dakwah di luar sana yang semestinya lagi hebat dan telahpun membuktikan istiqomahnya (tetap pendiriannya) dengan jalan dakwah ini.

Kalaupun saya menulis, saya sangat takut tulisan saya ini adalah salah dan saya mengajak orang ke cara pemikiran dan kerja yang tidak betul. Kenapa saya berkata demikian? Berada di dalam jemaah saya sudah cukup untuk membuka mata dan minda saya untuk menjadi pening dengan pelbagai pemikiran dan cara kerja yang sedikit berbeza. Lagi memeningkan bila ada ustaz ini cakap begini dan ustaz itu cakap begitu. Totally opposite..!! Faham ker? Totally opposite..!!!!!

“Ingatkan bila masuk kumpulan usrah nih, ahlinya semuanya baik-baik ah, tapi lagi teruk dari kawan-kawan saya yang lama”.

Jadi, apa patut kita buat?

Larikan diri dan tidak berusaha pun untuk belajar mengenai islam yang sebenar?

Semestinya tidak kan?

Inilah ujian yang Allah berikan pada kita untuk menguji samaada benarkah kata-kata kita yakni kita beriman kepadaNya?

Kita ada terlalu banyak aset pengalaman sirah dan juga rujukan utama kita yakni al-Quran untuk kita rujuk dan kaji. Selain itu, terdapat banyak juga buku-buku yang menceritakan tentang part-part islam yang khusus yang semestinya diambil daripada Quran dan Sunnah.

Jom, kita mencari erti islam yang sebenar walau payah mana pun jalan dan cubaan yang kita akan hadapi?

Boleh?

=)

Alif Lam Mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?” Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pati mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

(AL-‘Ankabut, 29 : 1-3)

Kejap, please get my point right!. Saya bukan nak kata yang jemaah ini tidak betul yer. Jauh sekali daripada itu. Inilah jemaah yang saya rasa paling ideal dengan cara kerja Rasulullah saw.

Seperti juga islam, islam itu pastinya benar, masalahnya adalah pada penganut agama itu yakni muslim. Persoalan yang saya selalu tanya diri saya adalah, apakah cara kerja dan apakah tindakah yang terbaik yang patut saya lakukan dalam hidup saya untuk pastikan saya dapat masuk ke dalam syurga Allah dan mengelakkan diri  daripada memasuki nerakanya.

Continue Reading »

Banyak ertinya wahai sahabatku.

Dakwahlah yang menyaksikan Rasulullah saw yang amat kita sayangi dicaci, dihina, dilempar dengan batu-batu sehingga cedera tubuhnya, dilonggok najis ternakan diatas lehernya, dibenci dan dimaki hingga hari ini…

Dakwahlah yang menyaksikan Khabbab Al ‘Arat hancur daging-daging di belakang tubuhnya kerana dibaringkan diatas bara api yang sangat panas, hanya kerana keIslamannya dan keinginannya untuk mendakapi dakwah Rasulullah…

Dakwahlah yang menyaksikan Ammar bin Yasir melutut dengan penuh hiba dan duka tatkala ibunya Sumaiyyah dibunuh, disula farajnya di hadapan anak kesayangannya sendiri…

Dakwahlah yang menyaksikan Hassan Al Banna ditembak dan dibiarkan mengalami pendarahan yang teruk sehingga syahid, tanpa sebarang rawatan dan ubat-ubatan, hanya kerana seruan-seruan beliau mengajak manusia kepada Allah dan Rasul.

Dakwah menjanjikan seribu satu kesedihan dan kepenatan, beban dan kesusahan, pahit dan kesukaran. Aku tidak akan menipu kalian. Kerana hakikatnya memang begitu. Inilah jalannya yang telah dilalui orang-orang terdahulu. Sunnatullah dalam dakwah, ada waktunya kita di atas, tapi selalunya kita di bawah. Ada waktunya kita mudah, tapi selalunya kita akan susah.

Tapi ada satu jaminan yang akan menghilangkan penatmu tatkala kau terasa keletihan, yang akan menguatkanmu tatkala kau kelelahan, yang akan memberimu semangat tatkala kau kelemahan, yang akan menggembirakan hatimu tatkala kau kesedihan, dan yang akan membuka matamu tatkala kau kelekaan.

Syurga.

“Wahai orang-orang beriman!  Mahu kah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

Kalian mahu atau tidak??? Kalau mahu…

Continue Reading »

Jalan Ini

Ingatkan apabila selesai satu masalah, dapatlah aku duduk senang sekejab. Namum begitu, masalah lain pula yang mengetuk pintu di rumah. Bahkan bukan sekadar satu, tapi, bertimbun-timbun. Aku kira ini namanya tarbiyyah Allah swt untuk memastikan niat aku dalam beramal IKHLAS hanya kerana Dia.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta.

(Al-Ankabut, 29:2-3)

Masalah… demi masalah… Terasa penat betul untuk menghadapi semua masalah ini. Sukarnya tidak boleh digambarkan. Kadang-kadang, sampai tahap terasa nak berhenti sahaja dari jalan dakwah ini dan kembali kepada kehidupanku sebelum ini.

Kalau nak dikira umur tarbiyyah aku, tidaklah banyak mana. Hanya baru beberapa tahun. Ramai manusia melihat aku sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi. Berani untuk bersuara dan mampu meyakinkan manusia lain akan pendapat aku. Adik-adik di atas jalan dakwah ini pula melihat aku seperti “big brother” mereka yang pasti akan ada untuk mereka pada setiap masa. Mereka sangat yakin yang aku ini tidak akan sesekali berundur apatah lagi jatuh.

Astaghfirullah… astaghfirullah… Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa lemahhhhnya diri aku ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya dosa dan karat-karat jahiliah yang bermain di dalam hati aku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sangattt memerlukanNya.

Jadi, persoalannya kenapa aku masih lagi bertahan dan tetap dengan jalan ini sehingga hari ini dan inshaAllah sampai bila-bila?

  1. Aku nak sangat masuk syurga Allah swt, tak nak masuk nerakaNya dan nak sangat dapat redhoNya =)
  2. Dunia ini hanyalah tempat singgahan dan akhiratlah tempat kekal abadi.
  3. Perasaan sayang pada insan-insan yang dekat dihatiku membuatkan aku terus dan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dakwah ini.
  4. Setiap kali dalam meeting ataupun ketika aku perlu menyampaikan bahan kepada adik-adikku, semestinya aku kena menjadi kuattt dan semangat tinggi! Ye lah, kalau aku sebagai “abang tua” mereka pun lemah dan “down”, mereka lagilah “down” nanti. Huhu… =) Jadi, dalam aku berlakon kuat, harapnya aku akan berjaya menjadi benar-benar kuat suatu hari nanti.
  5. Sedih dan kesian melihat kawan-kawan aku dan masyarakat yang tertipu dengan agenda syaitan sehingga diri mereka hanyut dengan arus dunia.
  6. The list will go on and on inshaAllah.. =)

Continue Reading »

Qiam dan Tarbiyyah

Manisnya qiam inilah yang terus memantap dan menggerakkan generasi awal dakwah, qaedah sulbah pertama, atau apa jua istilah yang kita guna, untuk terus ber’amal dan berda’wah, tanpa goyah dan lemah dengan apa jua cabaran yang mendatang. Cabaran yang mereka hadapi jauh lebih hebat daripada cabaran kita, hingga darah mereka tumpah, walaupun masih diperingkat awal dakwah. Mereka teguh untuk meningkatkan diri mereka dengan sinar al-Quran, meninggalkan jahiliyyah.

Contoh yang amat menyentuh hati kita ialah contoh jahiliyyah ukhuwwah yang dibuat oleh seorang sahabat nabi yang hebat, Abu Dzar, tokoh da’ie agung yang mengislamkan dua kaum/kampung!, terhadap seorang lagi sahabat nabi yang hebat, Bilal, yang dikhabarkan berita kemasukan beliau dalam syurga oleh Nabi S.A.W.

Abu Dzar panggil Bilal dengan panggilan yang menghina mak Bilal, lantas menyedihkan beliau.

Bayangkan, seorang sahabat Nabi yang agung boleh terbuat perbuatan jahiliyyah sedemikian, inikan pulak kita!!! Dua kampung Abu Dzar Islamkan….memang hebat. Kita ni, seorang pun susah betul nak dapat..

Berapa banyak jahiliyyah dah kita buat yang telah mencalarkan ukhuwwah? Berapa kali telah kita tuding jari menyalahkan ikhwah dalam segala masalah, sedangkan kita terus ditipu nafsu, syaitan dan segala sifat mazmumah seperti hubbu ri’asah, riya’, takabbur, israaf etc dalam dakwah?

Dan banyak kali bentuk jahiliyyah yang ada…yang perlu untuk kita bersihkan sepanjang hayat kita.

Justeru kita memerlukan tarbiyyah ….

Continue Reading »

Assalamualaikum,

Kata seorang syeikh tarbiyah yang sedang menunggu kedatangan kita…

“Memiliki tak semestinya menikmati. Menikmati tak semestinya memiliki. Memiliki tapi tidak menikmati adalah perkara yang amat menyedihkan”

Dan dengan tarbiyah telah banyak yang kita nikmati tanpa kita sendiri miliki. Ramai pula orang lain yang ku lihat begitu banyak memiliki, tapi tidak mampu menikmati.

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). – Surah At-Taghabun, ayat 17

Begitu juga dengan kita yang ditarbiyah, akan sentiasa cuba memberi pinjaman yang baik yang kita miliki kepada dakwah ini.

Apa saja.
Bila-bila masa.
Melihat maslahat dakwah mengatasi musykilah fardi kita.

Inilah petanda awal kemenangan seruan ini. Tenteranya siap mengorbankan apa saja demi melihat cita-cita tertinggi seruan ini terlaksana.

Khadijah r.a yang kaya raya pada awalnya, telah jatuh miskin di akhir hayatnya. Habis semua hartanya diinfaqkan ke jalan ALLAH. Malah telah berwasiat untuk menginfaqkan tulang-tulangnya jika diperlukan oleh islam selepas beliau meninggal dunia.

Hanzalah, terus maju ke medan perang walaupun baru semalam bersama dengan isteri yang baru dikahwininya. Dirinya syahid dalam keadaan berhadas besar. Apa kes nih?

Tidakkah kita lihat betapa bersungguhnya mereka memenuhi tuntutan dakwah ini?

Ada yang ku lihat mengambil mudah urusan dakwah ini. Boleh saja tinggal ikut suka hati.

Continue Reading »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: