Sebenarnya terlalu banyak buku dan artikel-artikel dakwah yang sangat bernilai yang telahpun dicetak dan discan di luar sana. Jadi, ianya membuatkan saya berfikir ada manfaat ker saya tulis blog saya ini? Inilah masalah pertama saya mengapa saya sangat kurang update blog saya. Tambahan pula, saya selalu menyoal diri saya, siapalah saya untuk berbanding dengan penulis-penulis buku fiqh dakwah di luar sana yang semestinya lagi hebat dan telahpun membuktikan istiqomahnya (tetap pendiriannya) dengan jalan dakwah ini.
Kalaupun saya menulis, saya sangat takut tulisan saya ini adalah salah dan saya mengajak orang ke cara pemikiran dan kerja yang tidak betul. Kenapa saya berkata demikian? Berada di dalam jemaah saya sudah cukup untuk membuka mata dan minda saya untuk menjadi pening dengan pelbagai pemikiran dan cara kerja yang sedikit berbeza. Lagi memeningkan bila ada ustaz ini cakap begini dan ustaz itu cakap begitu. Totally opposite..!! Faham ker? Totally opposite..!!!!!
“Ingatkan bila masuk kumpulan usrah nih, ahlinya semuanya baik-baik ah, tapi lagi teruk dari kawan-kawan saya yang lama”.
Jadi, apa patut kita buat?
Larikan diri dan tidak berusaha pun untuk belajar mengenai islam yang sebenar?
Semestinya tidak kan?
Inilah ujian yang Allah berikan pada kita untuk menguji samaada benarkah kata-kata kita yakni kita beriman kepadaNya?
Kita ada terlalu banyak aset pengalaman sirah dan juga rujukan utama kita yakni al-Quran untuk kita rujuk dan kaji. Selain itu, terdapat banyak juga buku-buku yang menceritakan tentang part-part islam yang khusus yang semestinya diambil daripada Quran dan Sunnah.
Jom, kita mencari erti islam yang sebenar walau payah mana pun jalan dan cubaan yang kita akan hadapi?
Boleh?
=)
Alif Lam Mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?” Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pati mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
(AL-‘Ankabut, 29 : 1-3)
Kejap, please get my point right!. Saya bukan nak kata yang jemaah ini tidak betul yer. Jauh sekali daripada itu. Inilah jemaah yang saya rasa paling ideal dengan cara kerja Rasulullah saw.
Seperti juga islam, islam itu pastinya benar, masalahnya adalah pada penganut agama itu yakni muslim. Persoalan yang saya selalu tanya diri saya adalah, apakah cara kerja dan apakah tindakah yang terbaik yang patut saya lakukan dalam hidup saya untuk pastikan saya dapat masuk ke dalam syurga Allah dan mengelakkan diri daripada memasuki nerakanya.
Kalau boleh, tidak cukup hanya untuk saya memasuki syurga terendah, tapi, saya nak masuk syurga Firdaus, syurga yang tertinggi. Rindu sangat nak jumpa dengan Rasulullah, para sahabat dan saya tak sabar nak tanya mereka bagaimana mereka mengharungi kehidupan mereka yang pastinya lebih mencabar dari saya.
Bak kata Yusuf Islam, nasib baiklah dia jumpa dengan Islam dahulu sebelum dia berjumpa dengan muslim =(
Sedih tak bila kita dengar kata-kata Yusuf Islam ini?
Apa yang kita rasa?
Marah?
“Whatever..!!”, getus hati anda?
Sabar… sabar… Kalau betul kita perhatikan dunia Islam kita pada hari ini, sebenarnya sangattt menyedihkan =(. Setiap kali saya ingin berbicara mengenai muslim, saya memang akan sedih. Sedih sangattt. Paling sedih adalah dengan diri saya sendiri, sebab saya tahu saya ini, walaupun telah mendapat hadiah yang paling istimewa daripada Pencipta saya, yakni kebenaran Islam ini, tapi saya masih lagi lalai dan leka dalam berkongsi dengan orang lain.
Jadi, apa yang kita patut buat?
Duduk diam dan terus-menerus menyalahkan orang lain?
Inipun saya belum sentuh lagi masalah perpecahan jemaah yang berlaku di dunia ini, dan Malaysia secara khususnya =)
So, apa patut kita buat?
Terus memberi alasan untuk tidak belajar islam kerana kita tidak suka kepada perpecahan yang berlaku, dan kita mahu ikut semua tapi tidak mahu memilih mana-mana yang khusus?
Afwan (minta maaf), tapi, kebiasaannya apa yang saya lihat golongan-golongan yang berkata sedemikian akhirnya tidak langsung ikut kesemua kumpulan-kumpulan di atas. Bahkan, diri mereka semakin lama, semakin jauh dari islam itu sendiri.Persoalannya, mengapa jadi sebegini?
Jawapannya mudah, dakwah dan tarbiyyah itu 24/7. Kalau kita tidak mendapat tarbiyyah daripada islam, kita akan mendapat tarbiyyah daripada jahiliah.
Kalau kita tidak berdakwah kepada islam, sebenarnya kita sedang berdakwah kepada jahiliah.Inilah hakikat pedih dan perit (semestinya buat saya sendiri juga), kerana kita sebenarnya tidak ada pilihan di dalam hidup kita ini. Islam itu jelas seperti jelasnya hitam dan putih. Hati mukmin itu tahu mana yang betul dan mana yang salahkan? Kalau kita tidak jelas mana yang betul dan mana yang salah, saya ada tip untuk anda.
Setiap kali anda ingin melakukan sesuatu perbuatan dan anda tidak tahu perbuatan itu betul atau salah, cuba anda bayangkan kalau Allah sedang melihat anda pada ketika itu, apa yang anda akan rasa? Kalau susah untuk rasa sebegitu, cuba anda bayangkan kalau Rasulullah berada bersama anda pada ketika itu, apa yang akan dikatakan oleh baginda?
“Bagus ahmad, bagus betul tindakan awak ini”, kata baginda dengan senyuman manis di wajahnya.
Ataupun….
“Astaghfirullah…. astaghfirullllah…..”, kata baginda dengan wajah yang merah.
…. Orang itu berkata lagi, “Beritahu aku tentang ihsan.” Beliau menjawab, “ Engkau menyenbah Allah seakan-akan engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.”
(Hadith 2, Imam Nawawi)
Masalah kedua, biasanya orang kata muqaddimah (permulaan) bagi sesuatu topik adalah lebih penting daripada topik itu sendiri. Inilah antara masalah yang saya hadapi dalam menulis artikel blog saya. Selalunya saya akan duduk depan komputer dan berfikir apakah isi yang ingin saya sampaikan dalam blog saya dan bagaimana hidangan muqadimmah artikel saya untuk kali ini. Ye lah, tak kan setiap artikel hidangan muqadimmahnya sama kan? Mesti anda akan menjadi bosan =)
Ketiga, masalah diri saya sendiri. Diri yang sentiasa naik dan turun iman dengan dahsyatnya. Terlalu banyak juga rahsia dan kelemahan diri yang saya sendiri terpaksa rahsiakan dan hanya berkongsi dengan insan-insan yang rapat dengan saya. Kadang-kala terasa juga untuk berhenti melangkah dan kembali kepada kehidupan yang lalu. Astaghfirullah. Bilamana saya iman saya tengah down, memang sangat sukar untuk saya buat kerja dakwah saya.
Keempat, kadang-kala, saya keliru nak membahasakan diri saya “saya, aku atau ana” dan kadang-kala saya keliru nak mebahasakan anda semua “anda, para pembaca, adik-adik atau antum”. Comel tak saya? Huuu… =)
Yang kelima dan terakhir, sekarang ini saya telah mula memberikan beberapa kuliah online menggunakan ustream. InshaAllah, saya akan umumkan pada anda semua kuliah-kuliah online yang saya buat dan kalau para pembaca sekalian atau adik-adik nak join, silalah email pada saya ya =)
Pasti anda tertanya-tanya, jadi, kenapa saya masih lagi menulis blog saya ini? Ker anda semua tidak tertanya-tanya pun. Huhu.. InshaAllah, saya akan menjawab dalam entry saya yang lain =)
Apakah impian saya dalam menulis blog ini?
Apakah harapan saya?
Apakah cita-cita saya?
Apakah kebaikan yang ada pada blog?
Sebelum saya mengundur diri, saya nak berkongsi salah satu cara untuk menghidupkan hati kita dengan api dakwah ini.
Caranya adalah, sentiasa sibukkan diri anda dengan kerja dakwah dan tarbiyyah.
1) bawa usrah banyak-banyak
2) target untuk hafal seluruh al-Quran
3) belajar bahasa arab
4) tajmik (kumpul) adik-adik seantero dunia..!!
5) bercita-cita untuk menjadi jutawan supaya dapat menbantu dakwah kita.
Jadi, kena fikir ah apa pekerjaan yang terbaik untuk kita buat supaya dapat duit yang banyak dalam masa yang sedikit.
Ini kerana, bila kita sibukkan diri kita dengan perkara-perkara besar, kita tidak akan disibukkan dengan perkara-perkara kecil. Bilamana kita disibukkan dengan benda-benda islam, kita tidak akan ada masa untuk benda-benda jahiliah.
Namun begitu, tidak saya nafikan tip ini mungkin bermanfaat dan berguna untuk sesetengah daripada antum dan bukan yang lain. Manusia dijadikan berbeza-beza, kunci untuk mengubat hari satu orang dengan orang yang lain pasti berbeza walaupun perbezaaan itu kecil =)
Itulah manusia, lemah, perlukan bantuan tapi mampu menjadi lebih hebat sehingga mencemburukan para malaikat.
Inilah saya, anda pula?
Leave a Reply