Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Fikrah’ Category

Kuliah Online Ustream

Seperti yang saya janjikan dahulu, inshaAllah, saya akan war-warkan kuliah-kuliah online yang telahpun saya buat semenjak sebulan lepas rasanya.

Pertama, kuliah bedah Buku Dasar-Dasar Islam tulisan Al-Maududi =)

Kuliah ini saya buat pada asalnya adalah atas permintaan ibu kesayangan saya. Ini kerana, pada kali pertama saya memberitahu ibu saya yang saya sertai usrah/halaqah/quranic circle di bumi Lulu ini, ibu saya terkejut dan menyangkakan saya telah join group terrorist mana entah. Huhu. Oleh kerana itu, semenjak saat itu saya mula berkongsi dengan ibu saya akan kehidupan saya di sini termasuk juga kisah manis dan pahit saya.

Saya sayang ibu saya =)

Jadi, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”, saya pun terfikir untuk berkongsi dan membuka kuliah ini kepada anak usrah saya, adik-adik saya di seluruh dunia ini dan juga kepada anda semua. Ya anda yang merupakan pembaca setia blog saya. Setia ker? Huhu..

Kuliah Dasar-Dasar Islam

Nih link dia, kuliah ini akan ada berlangsung setiap hari jumaat, 10pm waktu UK, 5am waktu Malaysia

http://www.ustream.tv/channel/warungkopi

Selain daripada kuliah di atas, saya juga ada menjalankan kuliah mengenai fiqh dakwah. Target audience untuk kuliah ini adalah para penggerak dakwah. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kuliah ini, bolehlah email pada saya ya!

Advertisements

Read Full Post »

Pagi hari ini saya telahpun menghantar 4 orang adik kesayangan saya ke Stansted Airport untuk melakukan tugas dakwah di bumi German. Seorang akan balik isnin ini dan lagi 3 akan balik Selasa ini, sebelum kami bertolak bersama-sama dengan ikhwah lain ke bumi Andalusia. Tak sabarnya…!! =D Tak sabar untuk mereka balik, kerana bilik saya terasa kosong tanpa Encik Pipi =( Tak sabar juga nak dengar khabar berita gembira dari bumi German =) Lastly, tak sabar nak pergi Andalusia…!!

Setiap kali saya melihat Alhambra di Granada, terasa iman di dalam hati ini naik sikit. Seni ukir yang wujud di sana sangat membuktikan bahawa Islam pernah berkuasa di atas muka bumi ini suatu ketika dahulu. Sebenarnya saya dah 2 kali ke bumi Spain. Yang terakhir, saya pergi dengan Encik Wewe dan tempat tinggal kami di sana, mashaAllah, memang mewah tapi murah ok! =) InshaAllah, trip kami pada kami ini akan ziarah Granada, Cordoba, Nerja, Gibraltar, Lakes & Orchards dan Tangier. Kami akan pergi ke Spain selama 7 hari menaiki easyjet dan akan duduk di Club La Costa, Marina del Sol. Tiba-tiba, terasa macam nak buat entry lain menceritakan pasal trip kami ini. (^_^)

Okok.. Back to the main topik kenapa saya mahu menulis blog?

Semenjak saya mengikuti jalan dakwah ini, to be more specific, semenjak saya mendengar Syahadatul al-Haq daripada Ustaz Yuyu, otak, hati, fikiran dan emosi saya mengalami proses perubahan yang dasyat. Untuk pengetahuan semua, saya ini  adalah seorang yang memang banyak berfikir dan saya juga tidak akan membuat sesuatu perkara melainkan:

1)      Saya benar-benar faham akan perkara tersebut

2)      Saya yakin akan perkara itu

3)      Saya nampak ke mana saya nak pergi 20 tahun akan datang

Kompleks?

(more…)

Read Full Post »

Banyak ertinya wahai sahabatku.

Dakwahlah yang menyaksikan Rasulullah saw yang amat kita sayangi dicaci, dihina, dilempar dengan batu-batu sehingga cedera tubuhnya, dilonggok najis ternakan diatas lehernya, dibenci dan dimaki hingga hari ini…

Dakwahlah yang menyaksikan Khabbab Al ‘Arat hancur daging-daging di belakang tubuhnya kerana dibaringkan diatas bara api yang sangat panas, hanya kerana keIslamannya dan keinginannya untuk mendakapi dakwah Rasulullah…

Dakwahlah yang menyaksikan Ammar bin Yasir melutut dengan penuh hiba dan duka tatkala ibunya Sumaiyyah dibunuh, disula farajnya di hadapan anak kesayangannya sendiri…

Dakwahlah yang menyaksikan Hassan Al Banna ditembak dan dibiarkan mengalami pendarahan yang teruk sehingga syahid, tanpa sebarang rawatan dan ubat-ubatan, hanya kerana seruan-seruan beliau mengajak manusia kepada Allah dan Rasul.

Dakwah menjanjikan seribu satu kesedihan dan kepenatan, beban dan kesusahan, pahit dan kesukaran. Aku tidak akan menipu kalian. Kerana hakikatnya memang begitu. Inilah jalannya yang telah dilalui orang-orang terdahulu. Sunnatullah dalam dakwah, ada waktunya kita di atas, tapi selalunya kita di bawah. Ada waktunya kita mudah, tapi selalunya kita akan susah.

Tapi ada satu jaminan yang akan menghilangkan penatmu tatkala kau terasa keletihan, yang akan menguatkanmu tatkala kau kelelahan, yang akan memberimu semangat tatkala kau kelemahan, yang akan menggembirakan hatimu tatkala kau kesedihan, dan yang akan membuka matamu tatkala kau kelekaan.

Syurga.

“Wahai orang-orang beriman!  Mahu kah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

Kalian mahu atau tidak??? Kalau mahu…

(more…)

Read Full Post »

Qiam dan Tarbiyyah

Manisnya qiam inilah yang terus memantap dan menggerakkan generasi awal dakwah, qaedah sulbah pertama, atau apa jua istilah yang kita guna, untuk terus ber’amal dan berda’wah, tanpa goyah dan lemah dengan apa jua cabaran yang mendatang. Cabaran yang mereka hadapi jauh lebih hebat daripada cabaran kita, hingga darah mereka tumpah, walaupun masih diperingkat awal dakwah. Mereka teguh untuk meningkatkan diri mereka dengan sinar al-Quran, meninggalkan jahiliyyah.

Contoh yang amat menyentuh hati kita ialah contoh jahiliyyah ukhuwwah yang dibuat oleh seorang sahabat nabi yang hebat, Abu Dzar, tokoh da’ie agung yang mengislamkan dua kaum/kampung!, terhadap seorang lagi sahabat nabi yang hebat, Bilal, yang dikhabarkan berita kemasukan beliau dalam syurga oleh Nabi S.A.W.

Abu Dzar panggil Bilal dengan panggilan yang menghina mak Bilal, lantas menyedihkan beliau.

Bayangkan, seorang sahabat Nabi yang agung boleh terbuat perbuatan jahiliyyah sedemikian, inikan pulak kita!!! Dua kampung Abu Dzar Islamkan….memang hebat. Kita ni, seorang pun susah betul nak dapat..

Berapa banyak jahiliyyah dah kita buat yang telah mencalarkan ukhuwwah? Berapa kali telah kita tuding jari menyalahkan ikhwah dalam segala masalah, sedangkan kita terus ditipu nafsu, syaitan dan segala sifat mazmumah seperti hubbu ri’asah, riya’, takabbur, israaf etc dalam dakwah?

Dan banyak kali bentuk jahiliyyah yang ada…yang perlu untuk kita bersihkan sepanjang hayat kita.

Justeru kita memerlukan tarbiyyah ….

(more…)

Read Full Post »

Assalamualaikum,

Kata seorang syeikh tarbiyah yang sedang menunggu kedatangan kita…

“Memiliki tak semestinya menikmati. Menikmati tak semestinya memiliki. Memiliki tapi tidak menikmati adalah perkara yang amat menyedihkan”

Dan dengan tarbiyah telah banyak yang kita nikmati tanpa kita sendiri miliki. Ramai pula orang lain yang ku lihat begitu banyak memiliki, tapi tidak mampu menikmati.

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). – Surah At-Taghabun, ayat 17

Begitu juga dengan kita yang ditarbiyah, akan sentiasa cuba memberi pinjaman yang baik yang kita miliki kepada dakwah ini.

Apa saja.
Bila-bila masa.
Melihat maslahat dakwah mengatasi musykilah fardi kita.

Inilah petanda awal kemenangan seruan ini. Tenteranya siap mengorbankan apa saja demi melihat cita-cita tertinggi seruan ini terlaksana.

Khadijah r.a yang kaya raya pada awalnya, telah jatuh miskin di akhir hayatnya. Habis semua hartanya diinfaqkan ke jalan ALLAH. Malah telah berwasiat untuk menginfaqkan tulang-tulangnya jika diperlukan oleh islam selepas beliau meninggal dunia.

Hanzalah, terus maju ke medan perang walaupun baru semalam bersama dengan isteri yang baru dikahwininya. Dirinya syahid dalam keadaan berhadas besar. Apa kes nih?

Tidakkah kita lihat betapa bersungguhnya mereka memenuhi tuntutan dakwah ini?

Ada yang ku lihat mengambil mudah urusan dakwah ini. Boleh saja tinggal ikut suka hati.

(more…)

Read Full Post »

Qaedah Sulbah

Assalamualaikum,

Di banyak tempat, kita melihat wujudnya seorang rijal hebat yang mampu membuka medan-medan baru. Biarpun jika dilihat dari aspek lahiriyyah, banyak perkara yang menjadi penghalang kepada kerja-kerjanya.

Namun segalanya masih boleh dilakukan dan terlaksana. Tajmik yang meluas, proses takwin yang berterusan. Tarbiyah pun hidup di bumi yang sebelum ini kontang.

Dan inilah seni. Seni dalam dakwah. Ada orang memanggilnya fiqh dakwah atau fiqh haraki. Yang pastinya, mereka yang tidak menghayati dan memikirkan setiap perjalanannya dalam tarbiyah, tidak akan dapat menafsirkan dan menterjemahkannya.

Apatah lagi mereka yang memerhati dari luar, pasti akan mengatakan “Ini adalah dakwah untuk golongan eksklusif. Hanya memilih orang yang dah sedia baik dan menghimpunkan mereka di program-program menarik dan menyeronokkan hati-hati mereka”. HaHa.

Apapun, biarlah mereka yang berkata akan terus berkata. Kerana realiti selalunya tidak seperti apa yang dikata. Kebenaran pasti akan terungkap apabila yang berkata turun bertarung di medan amal.

Selalunya, da’i yang tercampak di suatu medan baru akan terasa asing. Arus jahiliyyah yang kuat di sekitarnya mengganggu pemikirannya. Mungkin juga amal fardi dan pergerakannya.

Di kiri dan kanan, mad’u terlalu ramai. Tak tahu mana yang perlu didahulukan. Dikejar yang itu, terlepas yang ini. Dikejar yang ini, yang sana merintih minta diselamatkan.

Akhirnya dakwah tidak fokus. Akibat yang seorang cuba menyelamatkan yang semua. Dan juga mungkin yang seorang cuba menghiburkan hati kesemuanya!

Fiqh dakwah pada fasa taksis tidak sama dengan fasa yang selepasnya.

(more…)

Read Full Post »

Kerja UTAMA Kita

Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat, marilah kita saling memperingati akan tugas UTAMA kita. Apabila dikatakan UTAMA, maka tiada lain yang lebih UTAMA dari pekerjaan ini. Dan menjadi satu kewajipan pada setiap kita untuk melakukannya jika kita telah beriman dengan fikrah ini.

Marilah kita terus membina rijal

Sentiasa…
Di mana jua…

Rijal yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai kuli dakwah.
Rijal yang sentiasa serius dalam kerja-kerja dakwah yang dilakukannya.

Rijal yang akan bertahan dengan segala rintangan di jalan dakwah walaupun dia keseorangan. Rijal yang sentiasa mengatasi segala keuzurannya untuk sentiasa memenangkan dakwah.

Rijal yang akan ke hadapan menghulurkan bantuan tanpa disuruh apabila dakwah memerlukan. Rijal yang akan menggempur medan yang tandus untuk menghidupkannya dengan tarbiyah dan melahirkan rijal yang baru.

Rijal yang hidupnya adalah dakwah, menjual seluruh dirinya kepada ALLAH. Meleburkan dirinya di dalam dakwah, sehingga tidak ada lagi dirinya… yang ada hanya dakwah.

Sokongan orang ramai, pengaruh dan kuasa bukan faktor UTAMA kemenangan islam. Sebagaimana SQ mengingatkan kita…

“Janganlah sambutan orang ramai itu melalaikan kamu dari menyusun barisan dalaman kamu dan dari menyediakan rijal yang mampu menghadapi segala kesukaran dan dapat bertahan lama.”

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: