Feeds:
Posts
Comments

Qaedah Sulbah

Assalamualaikum,

Di banyak tempat, kita melihat wujudnya seorang rijal hebat yang mampu membuka medan-medan baru. Biarpun jika dilihat dari aspek lahiriyyah, banyak perkara yang menjadi penghalang kepada kerja-kerjanya.

Namun segalanya masih boleh dilakukan dan terlaksana. Tajmik yang meluas, proses takwin yang berterusan. Tarbiyah pun hidup di bumi yang sebelum ini kontang.

Dan inilah seni. Seni dalam dakwah. Ada orang memanggilnya fiqh dakwah atau fiqh haraki. Yang pastinya, mereka yang tidak menghayati dan memikirkan setiap perjalanannya dalam tarbiyah, tidak akan dapat menafsirkan dan menterjemahkannya.

Apatah lagi mereka yang memerhati dari luar, pasti akan mengatakan “Ini adalah dakwah untuk golongan eksklusif. Hanya memilih orang yang dah sedia baik dan menghimpunkan mereka di program-program menarik dan menyeronokkan hati-hati mereka”. HaHa.

Apapun, biarlah mereka yang berkata akan terus berkata. Kerana realiti selalunya tidak seperti apa yang dikata. Kebenaran pasti akan terungkap apabila yang berkata turun bertarung di medan amal.

Selalunya, da’i yang tercampak di suatu medan baru akan terasa asing. Arus jahiliyyah yang kuat di sekitarnya mengganggu pemikirannya. Mungkin juga amal fardi dan pergerakannya.

Di kiri dan kanan, mad’u terlalu ramai. Tak tahu mana yang perlu didahulukan. Dikejar yang itu, terlepas yang ini. Dikejar yang ini, yang sana merintih minta diselamatkan.

Akhirnya dakwah tidak fokus. Akibat yang seorang cuba menyelamatkan yang semua. Dan juga mungkin yang seorang cuba menghiburkan hati kesemuanya!

Fiqh dakwah pada fasa taksis tidak sama dengan fasa yang selepasnya.

Continue Reading »

Advertisements

Kerja UTAMA Kita

Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat, marilah kita saling memperingati akan tugas UTAMA kita. Apabila dikatakan UTAMA, maka tiada lain yang lebih UTAMA dari pekerjaan ini. Dan menjadi satu kewajipan pada setiap kita untuk melakukannya jika kita telah beriman dengan fikrah ini.

Marilah kita terus membina rijal

Sentiasa…
Di mana jua…

Rijal yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai kuli dakwah.
Rijal yang sentiasa serius dalam kerja-kerja dakwah yang dilakukannya.

Rijal yang akan bertahan dengan segala rintangan di jalan dakwah walaupun dia keseorangan. Rijal yang sentiasa mengatasi segala keuzurannya untuk sentiasa memenangkan dakwah.

Rijal yang akan ke hadapan menghulurkan bantuan tanpa disuruh apabila dakwah memerlukan. Rijal yang akan menggempur medan yang tandus untuk menghidupkannya dengan tarbiyah dan melahirkan rijal yang baru.

Rijal yang hidupnya adalah dakwah, menjual seluruh dirinya kepada ALLAH. Meleburkan dirinya di dalam dakwah, sehingga tidak ada lagi dirinya… yang ada hanya dakwah.

Sokongan orang ramai, pengaruh dan kuasa bukan faktor UTAMA kemenangan islam. Sebagaimana SQ mengingatkan kita…

“Janganlah sambutan orang ramai itu melalaikan kamu dari menyusun barisan dalaman kamu dan dari menyediakan rijal yang mampu menghadapi segala kesukaran dan dapat bertahan lama.”

Continue Reading »

Kesabaran

Dari Ibnu Musayyab radhiallahu’ anhu; ia berkata: “Ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seorang lelaki yang menyakiti Abu Bakar tetapi Abu Bakar diam sahaja. Kemudian orang itu menyakitinya lagi tetapi Abu Bakar tetap diam sahaja.Kemudian orang itu menyakitinya untuk kali ketiga lalu Abu Bakar pun membalasnya.Menyaksikan hal ini, Rasulullah pon bangkit, lalu Abu Bakar bertanya:’Apakah engkau mendapati aku telah bersalah wahai Rasulullah?’ Rasulullah bersabda:’ Malaikat turun dari langit mendustakan apa yang dikatakan oleh orang itu. Tetapi ketika kamu membalasnya maka malaikat itu pon pergi dan setan pon duduk. Karena itu, aku tidak suka duduk bersama setan”

(HR. Abu Dawud)

Alhamdulillah terjumpa hadis yang sangat best nih..InshaAllah nak share sumthing kepada semua:)

Kehidupan sebagai seorang Muslim dan secara khususnya sebagai seorang daie amat memerlukan sifat yang terpuji ini iaitu kesabaran di dalam diri. Sifat kesabaran ini perlu dididik dan disemai dengan sangat teliti. Hal ini kerana di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis perangai, pelbagai jenis tabiat dan pelbagai jenis kepentingan yang terdapat pada diri seorang manusia.

Kalau kita lihat dari matan hadis di atas, bagaimana Abu Bakar telah ditarbiyyah oleh Rasulullah saw untuk bersabar dalam semua perkara dari sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar perkara. Bagaimana kita lihat sendiri Khalifah Islam pertama yang terkenal dengan sifat kesabaran dan sifat lemah-lembutnya, pun masih dikatakan kurang kesabarannya lagi. Dan sepertimana kita lihat dalam sirah nabawiyyah, bagaimana Rasulullah mentarbiyyah para sahabat dengan sifat bersabar dan merendahkan ego mereka selama 13 tahun ketika di bumi Mekah.

Kenapa di awal permulaan dakwah baginda , baginda sangat menekankan sifat kesabaran dalam diri para sahabat?

Continue Reading »

Salam Imtihan

Kiranya imtihan ini medan perjuanganmu,

Maka,
berjihadlah sedaya upayamu kerana Allah.

Manfaatkanlah segala ilmu yang diperturunkan semampu akalmu
demi memartabatkan kedudukan ummahmu,
dan bukan semata-mata untuk kepuasan diri.

Allah tidak menilai akan natijahnya
tapi yang dinilai hanyalah kesungguhanmu.

Bertarunglah adik-adikku sekalian…!
dengan kalimah Tuhanmu…
juga berbekalkan ilmu yang telah dipinjamkan sementara ini…

Selebihnya,
tawakallah kepada-Nya..

kerana dia lebih mengetahui apakah yang terbaik untukmu..

Winter Trip KITA =)

Benarlah kata orang,

ukhuwah itu mampu menjadikan kita lebih tegar di atas jalan dakwah ini

rindu korang semua, terutamanya pembuat video =)

Ibnul Qayyim al-Jauziah, mengatakan tak layak seorang hamba, menunda-nunda dalam melakukan taubat. Melakukan taubat dari dosa merupakan kewajiban yang harus dilakukan. Tidak boleh ditunda. Apabila seseorang menundanya, melakukan penundaan berarti ia telah melakukan pelanggaran.

Tak ada satupun manusia yang akan tahu kapan saat datang kematian. Apabila saat datang kematian, tak dapat manusia menundanya. Betapapun manusia itu memiliki kekuasaan, harta kekayaan yang tak terhingga, atau hidup diantara istana-istana yang dikelilingi oleh para pengawal, tak dapat mencegah akan datangnya kematian. Bagaimana manusia akan mengakhiri kehidupannya? Dengan lumuran dosa, maksiat, durhaka, serta dalam kekafiran, dan tak pernah meminta ampun dan taubat kepada Rabbnya?

Sesungguhnya, bila manusia telah melakukan taubat dari suatu dosa, maka manusia masih berkewajiban melakukan taubat yang lain lagi, yaitu bertaubat dari menunda taubat. Betapa banyaknya manusia yang menunda-nunda taubat, dan tidak mau menyadari hakekat dosa yang mereka lakukan setiap hari, bahkan setiap detik, tetapi masih belum mau bertaubat, dan menganggap tidak perlu bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukannya.

Continue Reading »

Manusia Luar Biasa

Mana satu pilihan kita? Manusia biasa atau manusia luar biasa. Acapkali, kita sering berkata yang kita nak jadi seorang da’ie yang luar biasa, kita sayang sangat Allah, kita cintakan dakwah ini sepenuh hati kita. Tapi, sejauh mana kejujuran dan kebenaran kata-kata yang terpacul dari mulut kita itu?

“Medan khayal itu lebih luas dari medan bercakap, medan bercakap itu lebih luas dari medan beramal, medan beramal itu lebih luas dari medan jihad, dan medan jihad itu lebih luas dari medan jihad yang muntij”

Itulah kata-kata Imam Hasan Al-Banna. Kata-kata yang ringkas tetapi mengandungi seribu satu maksud tersurat dan tersirat. Bagi mereka yang bersih hatinya, pasti akan menemui maksud dari penyataan beliau, inshaAllah.

Untuk mengatakan yang kita mahu Islam ini menjadi ustaziatul alam adalah cukup mudah. Kanak-kanak berusia 3 tahun pun mampu untuk berkata sedemikian. Namun, persoalannya adalah adakah kita benar-benar beriman dengan kata-kata kita itu langsung melakukannya tak kira susah manapun jalan yang bakal kita tempuhi.

Adik-adik yang abang kasihi sekalian,

Jalan dakwah ini tidak pernah dan tidak akan sesekali dihiasi dengan permaidani yang indah, pujian, gelak tawa dan kegembiraan. Jalan ini, nak tak nak, adalah jalan yang sukar, perit, meminta kesemua indera daripada kita dan penuh dengan onak dan duri yang cukup tajam dan bisa!

Continue Reading »

%d bloggers like this: