“Saiful, kau jangan lupa pergi UGM (Union General Meeting) pukul 1pm nanti, jangan lupa ajak semua kawan muslim dan non-muslim kau, ingat tau~!!”, kata Hanafi padaku.
“Errr, yang kau ni semangat sangat apasal Hanafi? Ada pelajar propose motion supaya lse kurangkan yuran pengajian ker?”, kataku, sambil melihat raut wajah Hanafi yang bersemagat.
“Nih lagi penting dari tuh Saiful, kita nak propose motion supaya boikot semua syarikat dan badan organisasi yang menyumbangkan duit kepada Israel, dan insha Allah dengan menangnya motion ini, kita akan menjadi universiti pertama di mana badan pelajarnya membuat pemboikotan seperti ini”, kata Hanafi dengan nada yang sungguh bersemangat.
“Subhanallah, bestnya.. kita dapat bantu saudara seaqidah kita di Palestin, dah lama dah mereka hidup sengsara..”
“Yeap, and with this motion passes through, isu ini akan mula menarik perhatian badan pelajar universiti lain, kerajaan Britain dan mungkin kerajaan-kerajaan lain lagi dan dengan itu, insha Allah, saudara seaqidah kita akan dapat diselamatkan”, kata Hanafi dengan tegas.
“Baiklah Hanafi, jazakallahu khair for the infomation. Insha Allah, aku akan inform kepada orang lain. Ok lah, aku nak gi bilik komputer dulu, jumpa pukul 1pm nanti~!”. Kataku kepada Hanafi.
“Orait Saiful, aku pun nak gi kelas dulu, Assalamualaikum..”
“Waalaikum salam wrh wbt”
Pagi ini, alam sekeliling di universiti terasa sungguh indah berbanding hari-hari biasa. Angin sepoi membelai rambutku lembut, dan sinaran matahari menampakkan jalanku ke bilik komputer. Tanpa membuang masa, aku terus mencapai handphoneku, lalu menghantar sms kepada sahabat-sahabatku.
“Salam wrh, jangan lupa datang untuk UGM pukul 1pm nanti, kita kena sokong untuk memboikot Israel, dan jangan lupa ajak kawan-kawan korang jugak.”
Dewan Old Theatre dipenuhi oleh pelajar LSE buat pertama kalinya. Terdapat sejumlah besar pelajar yang tidak dapat masuk ke dalam dewan itu. Entah mengapa, hatiku sungguh berdebar. Bagiku, keputusan UGM hari ini mampu untuk mencorak masa hadapan abang, kakak dan adiku di Palestine.
James, pelajar Kristian yang mencadangkan usul pemboikotan Israel naik ke atas pentas untuk menyampaikan ucapannya. Terasa betapa prihatinnya dia terhadap isu palestine daripada nada suara ucapannya. “Nih orang Kristian nih, semoga Allah membuka hatinya untuk menerima islam”, bisik hati kecilku.
Selepas itu, Robert, wakil pihak pro-Israel, naik ke atas pentas dengan testimonialnya. Darah mudaku mula mendidih perlahan apabila Robert mula cuba untuk memutar belitkan fakta yang dikemukakan dan cuba untuk mendapat belas kasihan pelajar lain dengan menimbulkan isu holocoust dan cuba untuk menyatakan bahawa sesiapa yang bersetuju dengan motion pada hari ini adalah anti-semitic dan mahukan perpecahan berlaku di kalangan pelajar LSE.
Aku macam nak tumbuk jer muka Robert nih, jikalau tidak kerana aku masih waras pada ketika itu, sudah lama gengaman kananku hempak pada muka robert tuh. “Astaghfirullah… astaghfirullah..”, aku cuba untuk menenangkan diriku.
Setelah selesai sesi mengundi, aku terus ke kuliah ekonomi, keputusan undian akan diketahui petang nanti. Sesampainya aku di dewan kuliah, aku dapati ahmad dan azwan sedang sibuk bersembang. “Ehh, korang dua nih, tak gi mengundi ker tadih”, aku menegur sinis. “Ala Saiful, siapalah kita nih, macamlah ada bagi effect pape jer kat undi tuh”, sahut Ahmad. Hatiku terguris tajam dengan kata Ahmad. “Tak penting? Apa yang Ahmad fikirkan nih.. isu ini bukan sebarangan isu, ini melibatkan beribu nyawa abang, adik dan kakak kita di Palestin”, bisik hatiku.
Kuliah ekonomi habis tepat jam 4 petang, aku segera ke prayer’s room untuk menunggu solat Maghrib. “Saiful, kita kalah motion tadi”, kata Faris dengan nada yang sedih. Aku tergamam seketika. “Kita kalah dengan 7 undi”, sambung Faris lagi. Pada ketika itu, darah mudaku naik mendadak, nih ah pemikiran pemuda-pemuda Islam zaman kini, menganggap dirinya tidak penting, mengharapkan orang lain untuk mengubah nasib umat Islam. Mengapa tidak memikirkan yang diri dialah yang akan mengetuai perjuangan ini.
**************************************************************
Keputusan undi semalam masih bermain-main dimindaku. Pagi ini alam sekeliling kelihatan seolah-olah memahami isi hati ini. “Saiful, ko ada plan apa malam nih?”, Hanafi menegur aku dari belakang. “Hmm.. aku nak siapkan kerja sekolah aku insha Allah”, balasku pendek. “Nih Saiful, aku ada tiket lebih bola malam nih, Machester lawan Arsenal lagi tuh, jom teman aku pergi nak, ko leh jer study weekend nih”, sambung Hanafi.
Aku termenung kembali. Hanafi yang dulunya bersemangat untuk mengajakku ke UGM untuk mengundi motion untuk bebaskan Palestin dari genggaman syaitan Zionis, kini insan yang sama juga mengajak aku untuk melihat perlawanan bola.
Inikah hobi yang akan menyelamatkan Palestin dari genggaman Zionis?
Beginikah ciri-ciri pemuda yang akan menaikkan kembali Islam di muka bumi?
Propaganda barat sememangnya telah berjaya menjinakkan singa islam menjadi anak kijang yang pengecut..
sedeynye..kalah 7 undi je..Hopefully xberlaku pada pilihanraya akan dtg di msia nnt..Doakan moga Allah berikan kemenangan kepada pihak yg benar.Ameen.
Salam,
Saya mohon izin untuk menyalin boikot barangan ke blog blog saya. Cuma, saya perhatikan Starbucks tidak tersenarai di situ sedangkan ceo starbucks pernah menyatakan sokongan kuat beliau kepada regime haram itu dalam satu sidang media 2-3 tahun belakang.
Sedikit teguran.
“Aku termenung kembali. ‘Saiful’ (sepatutnya Hanafi) yang dulunya bersemangat untuk mengajakku ke UGM untuk mengundi motion untuk bebaskan Palestin dari genggaman syaitan Zionis, kini insan yang sama juga mengajak aku untuk melihat perlawanan bola.”
semangat jika tak disertai dengan kefahaman memanglah senang pudar… bila fikir nak boikot,lebih baik fikir diri sendiri yang mesti BERUSAHA walaupun sedikit utk buat sesuatu daripada fikir apalah yang boikot boleh tolong kepada orang-orang palestine. Teringat cerita ‘mencurah susu di malam hari’…
cakapaje, ada starbucks kat dalam poster tuh. Kepada semutkecil jzkk..dah dibetulkan..=)
hmm..kita memandang dikit akan usaha ini namun nanti yg dikit inilah dilihat Tuhan..
Saya pengguna Mac / Apple, dan Apple has no choice for a really good processor except goes for Intel… Saya sokong Zionis? saja jek… Jangan terasa Roslan… Sometime we has no choice. Kadang menggunakan intel lebih besar maslahat utk Palestine dari memboikot Intel (Mana ada Apple AMD?). Amd setakat sekarang ini terbukti just good for gamer, nor for a server or workstation. Apple terbukti berkhidmat lebih setia kepada saya berbanding PC yang selalu crash (termasuk sewaktu rakaman Devotees!).
Bab ini ada persamaan dengan bab Kerja di Bank Konvensional. Boleh rujuk fatwa Qardhawi dalam bab riba’ & berkerja makan gaji dengan bank convensional. Beliau menimbang berdasarkan masalih mursalah, dan qaedah fiqh, ‘akhaf dhararain’ – Mudharat yang paling ringan.
Anyway, better a strategic boycott action than sentiment-based boycott. If we really want to boycott, Yes, please go for it but with a smarter way. With the maximum impact in mind and proper plans that TELL we really want to teach them… How? Just plan and plan and plan strategically… A, B , C… Step 1, 2, 3… Phase 1, 2, 3…
Saje jek… orang tua ni pemikiran lain sikit…
Komen saya di atas tak ada kena mengena dengan tengok bola… I what i mean is in a bigger context, bigger picture & trying to make it principle centred with clear fikrah tanpa emosi, prejudis dan pesimis terhadap seseorang. Sometimes kita rasa lebih suci, lebih mulia, lebih Islam sebab dah ikut tarbiyyah dari orang yang tak ikut tarbiyyah… Itu bukan methodologi dakwah ikhwan, apatah lagi ajaran Islam. Kadang kala kita memang suka menghukum. Ntah la… dah banyak buku tulis pasal jangan menghukum. Banyak orang dah cakap. Sejauh mana benda tu difahami pemuda-pemuda Islam yang tua dan muda, wallahuaklam.
Menghukum itu hak Allah. Pahala ni ibarat macam duit. Kita cakap pasal dosa dan pahala, tapi realiti sebenarnya kita tak tahu. Apa yang dituntut adalah spreading the messege (Dakwah). Spreading the Ukhuwwah yang dah lama hilang selama ini. Brotherhood. Spreading the akhlak, senyuman, manis muka, layanan yang membuatkan setiap orang (baik, nakal, merokok dsb) merasai roh akhlak dan iman.
Bagi orang yang kurang boleh berfikir, saya memang kontroversi. Bagi yang boleh fikir, dia akan faham juga kata-kata saya lambat laun…
waiyyaki. regarding pakcik ahlil muzik comments,sy pun setuju. cuma pakcik cuma terms yang canggih-sy mungkin salah ertikan. but, i noe that penulis(roslan?) more than aware ttg perkara ini. izinkan sy menulis pjg…
ttg komen pertama, kita mmg memboikot barang2 yang ada choice.if,xde choice,just guna sajalah. sy ada satu cerita utk menggambarkan isu2 berkaitan boikot ni.jika salah,harap boleh betulkan.
Di suatu pagi yang indah,2 sahabat sedang galak membeli belah.Tiba di sebuah kedai bernama Mark & Spencer, seorg sahabat bernama Seri memberi komen,”Eh, M&S ni Yahudilah,kita patut boikot.” Seorg lagi, Murni menjawab,”Apa? Boikot? Kenapa nak sibuk2 boikot pulak ni.Tahu tak M&S ni is the best for people like me.Diorg ni pandai betul ukur baju.Mmg muat-muat je.Kalau yang lain tu,panjang sgtlah lengan,seluar pun pjg sgt, blablabla….”
“Tapikan,Murni.Kita sendiri tgk Arna’s Children(satu dokumentari di Youtube) tu sama-sama. Nangis bila tgk rakyat palestine kena teruk dgn Yahudi.Takkan awak tak rasa apa2?”
“Mmmglah sedih,tapi takkan nak sacrifice quality dgn boikot.Mcm boikot tu blh tlg apa-apa kat org2 Palestine. Then, kalau semua boikot,nnt pekerja2 kilang semua xde kerja,temasuk palestinians jugak.Kita kena fikir dr sudut ekonomi juga.”
“Baguslah syarikat2 besar ni bankrap.At least,boikot kita berjaya.Mereka x akan contribute utk Zionist lagi.Tapi,saya rasa mereka ni ‘smart people’. Takkan bankrapnyalah. Sebenarnya,yang penting kita ni,usaha kita nak tolong Palestinians since kita tak dpt buat apa2 yang lain.”
“Oklah,sy x beli lagi lain kali.But,sekarang sy perlukan sgt2 seluar ni.Esok sy ada interview.”
di kedai Body Shop,
Seri: L’oreal acquired Body Shop last yr kan?
Murni: Hurm,sy x tahulah.Berguna ke utk interview esok?
Seri: Tak,tapi penting sekarang, sebab if it’s true,kedai ni pun Yahudi juga.
Murni: Wait,jgn ckp yg ni pun sy x blh beli.
Seri: It’s up to you.
Murni: Mana boleh.My skin is very sensitive.Kena guna Body Shop juga.
Seri: If takde pilihan. Just go for it. But, Lush pun sesuai for sensitive skin jgk kan?
Murni: Bukan ke mahal sket dan xde pilihan sgt?
Seri: Mungkin…
Begitulah seterusnya di River Island, Timberland, DKNY, Topshop….
Di Nandos (halal)
Sambil makan,
Murni: Seri, you drink Coke…
Seri: Yes?
Murni: and it’s Yahudi…
Seri: A’ah. But, I don’t have choice. All the soft drinks here mmg milik Cola-cola Co.
Murni: Tapi, awak blh beli hot drinks kan. Jus ke?
Seri: Mahallah.
Murni: ..dan semua yang awak cakap tadi,it doesn’t means anything to you? I feel a little bit guilty.All the stuff that I buy,actually I have substitutes for them.
Seri: So,pulangkan balik. KIta beli yang lain.
Murni: tapi, awak pun sama je…
Seri: Saya saja nak ‘test’ awak.Meh, saya explain kenapa kita kena boikot,apa yang kita dapat, apa yang mereka dapat,apa yang mereka tak boleh dapat etc. There is no clear cut, ini tak boleh, itu boleh, yang penting jugdement kita terhadap apa yg kita buat. But, Coke ni mmg salahlah kan. Jus pun xdelah mahal sgt. Maafkan saya utk ini.
Penerangan untuk memboikot berlalu sepanjang makan-makan petang itu.
Murni: Then, Seri, we can’t just sit back n relax, we need to do something.
Seri: Jom, let’s do something.
Sekalipun Seri yang tidak suka membeli belah(perkara laghakan?) telah menghabiskan masanya menemani sahabatnya, dia tahu dalam berdakwah, selagi tidak bertentang dgn syariat Allah,buatlah apa saja utk menyampaikan kata-kata Allah.
Moral of the story,memboikot perlu strategic plan(bak kate pakcik).Kita bukan boikot sekadar memboikot,but, thru this campaign we create awareness about palestine-isreal, about economy, about humanitarian act, about rules and legislation, about the reality of the world. Apa yang awareness boleh buat? Itu fikir sendiri…
Secondly, (berkenaan second comment dr pakcik) Saiful sendiri x bermaksud utk put any jugdement on people. But, we all biased-it make what we are, ryte? Saya pun bias juga.kdg2 suka ‘menghukum’ juga. Maafkan sy utk itu,tetapi cerita ini sgt bagus secara analoginya. dan pakcik juga actually pick up a very good point. penulis berniat baik, menulis utk menyedarkan org ttg situasi kita sekarang. berakhlaq baik mmg penting sebab itu yg menarik org kepada islam(sekalipun belum tentu berjaya), tetapi akhlaq yg buruk mmg menjauhkan org dr islam(definitely).
anyhow,sekadar memberi pandangan.teruskan berusaha!!!ganbatte ne.
bekas orang seni.
(berbahasa rojak,since lama tak menulis)
Saya setuju dengan pandangan semutkecil, penulis tidak bermaksud untuk ‘menghukum’ orang, tapi, memang tengok perlawanan bola itu lagho kan pakcik ahlil muzik? Kalau kita nak marah terhadap perbuatan itu, itu dibenarkan kan?, tapi kena berlapang dada sesama muslim. Itu yang saya faham.
Tapi, sekiranya yang jelas lagho pun kita nak berkompromi, saya rasa itu tidak elok, sebab kita perlu menerima Islam secara sepenuhnya dan tidak dinafikan setiap individu mempunyai kelemahan masing-masing dan itulah gunanya sahabat-sahabat yang baik untuk kita saling bantu membantu untuk membina diri kita.
Dan dalam memlilih sahabat, kita perlu berhati-hati, kerana sahabat ibarat cermin kepada diri kita dan saya akan rasa bertuah sekiranya saya mempunyai sahabat karib seperti Saiful. =) Yang akan menegur saya ketika saya lalai, walaupun mungkin kita akan bergaduh, tapi lebih baik kita bergaduh di dunia dari terpisah di akhirat kelak.
Dan pasal memboikot, memang tidak ada clear cut yang mana boleh di boikot dan yang mana tidak boleh. Tapi, kalau boleh cari substitute, baik kita elak kan? Usaha yang kecil ini insyaAllah akan menjadi bukti kita di depan Allah kelak seperti kata pemburu syurga.
Hmm.. ker saya yang tak faham dengan penulisan pakcik ahlil muzik? Minta maaf.
Saya rasa penulis berjaya menghasil suatu cerpen yang pendek dan dapat menyampaikan msg yang baik kepada kita.
Salam Istimewa.
1. Bila masa plak ana cakap tak payah Boikot? susah cakap dengan bersentimen ni… Ana cakap LETS DO IT SMARTLY… ITU SAHAJA. Dah tu bawa hujah pasal usaha dsb, Ingat hangpa sahaja kah yang berusaha boikot? Again, I say, LETS DO IT SMARTLY, STRATEGICALLY. HOW? Kena bincang details laaaa… Tak ada kena mengena dengan usaha or tak berusaha. Cuma dalam certain cases, kena tengok masalih mursalah dan maslahah. Bukan boikot semua, kalau pakai satu barang kapiaq itu lebih datangkan banyak maslahat, why not? Cthnya nak buat Media punya workstation TAK ADA YANG PAKAI AMD. And again I said, LETS DO IT SMARTLY. DEEP THINKING…
2. Saya tak hargai penulis? Kalau saya tak hargai, saya tak visit, saya tak komen. Sebab saya hargailah saya beri komen… Komen saya utk menjernihkan kembali beberapa aspek yang selama ini menjadi falasi utama ramai orang (bukan untuk penulis sahaja) yang terlalu ideal dan tak faham realiti. Fahaman yang salah, akan menyebabkan kita berkerja dengan salah. Ana sayang semua aset2 dakwah ni… So, kefahaman biar clear dan jelas! Nothing personal. Islam is Islam… kalau perlu tegur, saya tegur.
3. Soal memilih-milih sahabat – Inilah satu masalah besar orang muda gerakan Islam. Memang kita sesama ikhwah akan rasa seronok berkawan dengan kawan sekepala shj. Akhirnya? dakwah hanya berlegar disekitar kelompok sendiri. Akhirnya jamaah ini akan bersifat elitis. Hadith ‘Al mukmin mir’atul akhihi’ (mukmin adalah cermin saudaranya) tidak boleh berlaku dalam SEMUA KONTEKS PERSAHABATAN. Memang kita ada kawan yang soleh. Tapi kita tak boleh lupakan dan pandang rendah kawan yang lain yang kurang soleh semata-mata dia tak join program tarbiyyah atau melakukan sesuatu yang menyalahi AKHLAK islam. Dampingi SEMUA ORANG. Jangan simpan Islam ini utk kita sahaja. Kalau kita tak dampingi mereka, macam mana mereka nak terkesan dengan akhlak dan fikrah kita? Mana pergi hadith, “sebaik kamu ialah mereka yang engage dengan masyarakat dan menderita dan bersabar dengannya, lebih baik dari mereka yang tak engage dengan masyarakat”? IF kita dah jauhkan diri siap-siap, tak rasa bersalahkah kita kalau dia buat maksiat dan jadi lebih teruk lagi? UK ni komuniti masih lagi terlalu kecil berbanding Malaysia yang lebih real. Penyamun, penyangak, jembalang semua ada…
Ana cukup kagum dengan seorang ikhwah senior di Malaysia. Dengan hindu cina kristian pun dia kawan. Ditangannya 7-10 orang dah masuk Islam. Apa akan jadi kalau kita terlalu memilih2 kawan? Tak jadi apa-apa lah! Kita akan meneruskan rutin harian dan mingguan… usrah… dauroh sekali sekala, ajak adik2… kemudian kita akan ulangi kembali perkara perkara tersebut. Inikah namanya pengislahan?
Pencerahan dan membina kematangan memakan masa dan usaha. Satu hari kita akan mengerti, kalau lah kita diberi hidayah oleh Allah untuk memahaminya. Kalau tidak, Lakum Fikrukum lah… (bagi kamu, itu lah fikrah kamu)…
pakcik ahlil muzik,nada mcm marah je.rase2nya kita faham je maksud masing2.cuma bila diterjemah dlm bentuk tulisan,mungkin lain maksudnya. if bahasa jepun,kita boleh tahu mcm mana ayat nak ekspresikan maksud,but,dlm bahasa melayu,mungkin susah sikit.sebab xde org berniat nak kate x perlu boikot n xde org berniat nak kate sesiapa pun yang x hargai penulis. mungkin silap faham.
apa2 pun harap pakcik terus mengkomen.best baca tulisan pakcik. provokatif!
minta maaf buat semua.
‘meriah’ sungguh blogmu kalam kalbu!
Salam aleik..
mode: berfikir sekejap membaca komen di atas
hajatnya nak bersihkan hutan. Ada yang kata nak dibersihkan mesti guna jentolak, ada yang kata kene guna kapak dan ada yang kata, eh tak, kene guna gergaji.
jalan pelbagai… kena difahami kenapa jalan itu dipilih dan memerlukan pada asas yang kukuh. Semangat yang membuak-buak tidak menjamin kesinambungan metode yang dipilih, bahkan kadang-kadang kalau tidak disusun dengan teratur boleh memakan diri dalam diam.
jalan ini panjang.. dan sulit.
kalau boleh hutan ini nak dilapangkan bersungguh-sungguh, bukan ditebang hari ini, esok tumbuh pokok yang baru… cabang yang baru. Cari punca.. ubati punca. Mungkin lambat menampakkan kesan, tapi insyaAllah kesannya berpanjangan.
Seperti mana Rasulullah membina asas-asas ini di rumah Arqam bin Abi al-Arqam… insyaAllah..
“Dapatkah sebuah bangunan diselesaikan; Apabila engkau
membangunnya dan orang lain menghancurkannya?”
http://dikedaikopi.net/?p=11
just a piece of thot.
And the Truth is, Allah knows best.
-hanya pelintas jalan-
komputer yg saya pakai utk tulis komen ni (komputer kt library) pakai processor intel.
kalaulah saya nak boikot komputer ni pasal ada unsur israel dalam badannya, sure saya takleh membaca artikel pasal boikot barangan israel nih.
setuju dengan pendapat pakcik ahlil muzik, kene bijak dalam memboikot.
wallahua’lam
CERITA DALAM BLOG YANG MANA BAIK BOLEH DIJADIKAN CERPEN. CERPEN REMAJA.MEMANG PIHAK EDITOR DAN PUBLISHER SENTIASA MENCARI BAHAN REMAJA.SAYA SEORANG GURU BANYAK BENDA NAK KONGSI DENGAN REMAJA. TAPI MASA SAYA SANGAT TERHAD BUKAN SETAKAT MENGAJAR SAJA TAPI KERJA URUSAN PENTADBIRAN YANG TAKHABIS-HABIS.Sesiapayang berminat nak ikut kursus menulis boleh join programcuti sekolah anjuran kelab remaja JIM Negeri Sembilan. Contact us !!
boikot israel