Jangan lepaskan peluang keemasan ini! InshaAllah, kepada yang berminat boleh tinggalkan pesanan anda di blog saya ini atau menghubungi saya secara peribadi.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, blog kalamkalbu ini telah dibekukan beberapa bulan lepas daripada semua engine searchyang wujud di dalam dunia sementara ini. Namun begitu, inshaAllah, seperti mana terdapat perbezaan yang besar antara air dan ais, begitu juga harapan penulis terhadap blog ini. Semoga dengan pembekuan blog ini untuk beberapa bulan yang lepas ini mampu memberikan suatu perbezaan dan kelainan pada para pembaca selepas ini, inshaAllah. Doakan untuk saya =)
Posted in My Life | Leave a Comment »
Alhamdulillah, petang nih inshaAllah saya, Nik, Haq, Ridhwan dan Zaid akan memulakan perjalanan kami ke bumi Palmy sebelum kami bergerak ke bumi Oklen pada keesokkan harinya. Saya diberitahu oleh Ridhwan dan Haq yang bumi Palmy ini terkenal dengan wind farm mereka =)
4 hari dan 3 malam saya telah berada di Wellington, New Zealand. MashaAllah! Banyak sungguh pengalaman yang telah dapat saya kutip di bumi buah kiwi ini. InshaAllah, akan saya cuba kongsi dengan para pembaca sekalian pengalaman saya pada kali ini.
Posted in My Life | 1 Comment »
Cepat betul masa berlalu, pejam kelip pejam kelip, saya sudahpun memasuki tahun ke-3 cuti summer semenjak saya memulakan pembelajaran saya di LSE. Seperti biasa, saya akan cuba untuk merancang masa cuti summer supaya diri saya akan sentiasa disibukkan dengan kerja-kerja dakwah. Seorang akh pernah berkata kepada saya,
Kalau kita tidak disibukkan dengan perkara-perkara besar, kita pasti akan disibukkan dengan perkara-perkara kecil
Posted in Al-Quran, Fikrah, My Life, Tazkirah | Leave a Comment »
Alhamdulillah, bersyukur sangat kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada saya untuk merantau ke negara New Zealand. Saya menaiki flight MAS dari KLIA pada jam 9.15pm, dan selamat mendarat di lapangan terbang Auckland pada jam 10. 35am hari berikutnya. Sebelum saya menaiki flight MAS, saya sempat makan bersama Ustaz Muntalaq, Ustaz Aatdif, Idris dan Ammar Korea.
Posted in My Life, Tazkirah | 2 Comments »
Rindu pada yang sudah pulang ke Malaysia mula terasa, namun kesedihan untuk meninggalkan yang masih ada di bumi London turut menekan jiwa. Itulah natijahnya apabila ikatan sesama kita bukan hanya semata-mata kawan di dunia, tetapi ialah sudah mula menjadi ikatan ukhuwwah inshaAllah.
Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan hati saya pada masa ini. Esok, tepat pada jam 10pm, saya akan diterbangkan oleh MAS ke bumi tempat lahirku, Malaysia. Kadang-kadang, kesedihan yang bermain di dalam hati saya mampu membuatkan saya lemah di atas jalan dakwah ini. Namun, setelah beberapa kali insiden ini berlaku dah muhasabah dijalankan, saya sedar yang saya harus dan mesti meneruskan perjalanan singkat saya di muka bumi ini walau sakit mana hati saya terasa, walau berat mana badan ini mahu mengorakkan langkahnya.
Kekadang, terasa juga saya mahu sahaja rehat sebentar, bak kata orang futur sebentar. Tapi, wujudkah perkataan “futur sebentar”? Saya yakin itu hanyalah sekadar rekaan semata-mata dan ciptaan si lemah!
Bilamana saya terasa penat di atas jalan dakwah ini, antara perkara yang akan saya buat adalah untuk mengingatkan diri saya.
“Roslan, Allah tak perlukan kau langsung, kau sedar tak?! Kau tuh yang perlukan Allah, Roslan! Ala Roslan, sekejab jer dunia nih, tahanlah sikit Roslan. Kau kena usaha untuk mati syahid Roslan! Nanti kau bukan sahaja dapat masuk syurga Firdaus Allah, tapi, kau dapat tolong kawan-kawan yang kau sayangi sangat tuh. Ker sayang yang kau ucapkan selama ini hanya lakonan semata-mata? Pasti tidak kan Roslan. Jadi, apa lagi? Cepat gi buat kerja!”
Posted in My Life, Tazkirah | 3 Comments »
Alhamdulillah, pada jam 8.30am tadi, kontigen dari kawasan selatan telah selamat memulakan perjalanan mereka ke Summer Camp UK 2009. Kontigen kali ini terdiri daripada akhi jauhari, akhi aiman, akhi fauzi dan akhi aslam. MashaAllah, 4 mutiata London dan Soton akan pergi jauh dari bumi mereka selama lebih kurang 5 -6 hari. Pasti akan saya rindu pada mereka =)
Posted in Jom Sertai!, My Life | Leave a Comment »
Sebahagian dari aktiviti-aktiviti kelolaan Majlis Syura Muslimun tahun 08/09. Kalau nak tengok lagi video-video kita =), bule layari
Posted in Jom Sertai!, Lagu, My Life | Leave a Comment »
Rindu betul dengan ikhwah-ikhwah yang ada dalam video nih! Walaupun diri ini tiada di dalam program ini..=(
Semoga kita sama-sama sentiasa saling ingat mengingati untuk sama-sama mengejar syurga Firdaus Allah swt dengan hebatnya!!!
Bule semua??
Posted in Jom Sertai!, Lagu, My Life | Leave a Comment »
Posted in Jom Sertai!, My Life | 2 Comments »













